Resepi Sira Pisang Mudah

Belakang rumah Jida ni memang ada beberapa pokok pisang yang ditanam. Bila dah membesar dengan jayanya, suami akan tebang dan biarkan ia masak sendiri. Kalau pisangnya banyak sangat memang kami sedekah dan bagi pada jiran-jiran.

Ada sekali tu, sampai muak-muak asyik makan pisang je kerjanya. Daripada di goreng, dibuat kek, lempeng, cekodok dan segala jenis makanan berasaskan pisang dah dibuat semata-mata nak habiskan pisang yang dah masak. Tapi dalam banyak-banyak resepi pisang rupanya sira pisang je belum buat lagi. Haha.

Itupun bila encik suami bagitau yang dia teringin nak makan sira pisang. Maka terjadi lah resepi sira pisang yang mudah ini. Kalau kat Kelantan, memang biasa jumpa, malah kedai-kedai yang menjual kuih muih ada jual sira pisang ni. Ibarat desert la kalau bagi kami. Lepas makan lunch atau minum petang, memang sedap pekena sira pisang.

Ok, tak mau cakap banyak. Ini adalah bahan-bahan yang Jida guna.

Bahan-bahan ( Sira Pisang )

5 biji pisang
4 sudu gula ( ikut citarasa )
Secubit garam
3-4 biji bunga cengkih
Sehelai daun pandan ( disimpul )
Sedikit pewarna kuning ( tak letak pun takpe)
Air secukupnya (agak-agak tenggelam pisang)

Caranya.
1. Pisang di belah dua. Kalau pisang saiz kecil, biarkan sebiji, tak perlu potong.

Sira pisang mudah
2. Masukkan air dan gula. Biarkan agak- agak nak mendidih.
3. Masukkan pisang, bunga cengkih, daun pandan dan pewarna.

Cara masak sira pisang
4. Biarkan seketika. Gunakan api perlahan.
5. Selepas 5 minit. Tutup api
6. Dah siap.

IMG_20170207_091452-01-01

Senang kan? Sekejap je dah boleh makan sira pisang. Teringat pada sira labu yang mak buat di kampung. Caranya lebih kurang sama tapi bahan utamanya saja ditukar dan proses memasaknya juga lebih lama sikit daripada sira pisang.

Ok lah, bila sira pisang ni dah sejuk sikit, Jida nak masukkan dalam peti ais. Bila suami balik kerja nanti boleh la hidangkan pada dia. Sedap tu pisang sira. Selamat mencuba.

(Visited 1,001 times, 48 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!