Resepi Tomyam Pekat Ala Thai, Senang, Mudah Dan Sedap

Semalam buat Tomyam Campur untuk hidangan makan malam. Dah sekian lama juga rasanya tak buat Tomyam ni. Walaupun pernah buat tomyam, tapi tangan ni rasa nak google la juga resepi di internet. Akhirnya jumpa la juga resepi Tomyam Pekat Ala Thai dari blog MamaQaireen.com ni.

Apa yang menarik perhatian Jida adalah resepi ni menggunakan penggunaan susu pekat dalam resepi Tomyamnya. Wah, terus terus teruja nak cuba. Lagipun banyak komen-komen yang cakap sedap. Terus pi beli bahan dan follow resepi beliau. Sedap sangat tau. Terima Kasih tuan punya resepi. Korang pun boleh cuba juga tau

resepi tomyam pekat ala thai

Resepi Tomyam Pekat Ala Thai ( Credit : Klik Sini )

Bahan A – Kisar
4 biji bawang merah
1 biji tomato
1 batang serai
1 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi dalam 6 – 8 biji)

Bahan B
1/4 ekor ayam – potong kecil2
1 biji bawang besar – hiris
2 -3 sudu perencah tomyam
Pelbagai sayuran – saya guna carrot je
4 helai daun limau purut
3 batang serai – diketuk
1 cm halia – diketuk
1 cm lengkuas – diketuk
3 biji cili padi
1 biji tomato
1 sudu susu pekat ( Jida guna setengah sudu je )
1 biji limau kasturi (ini saya ganti dengan sekeping asam keping sebab limau takde)
air secukupnya utk kuah
garam & gula

Cara – Cara :
Tumis bahan A sehingga garing. Lepas tu masukkan perencah tomyam. Gaul sehingga sebati.
Masukkan air ke dalam periuk, lepas tu masukkan pula ayam.
Bila ayam dah mula nak masak, masukkan bawang besar, sayur, halia, lengkuas, serai, daun limau purut dan biarkan seketika
Akhir sekali, perah limau kasturi dan ambil airnya. Lepas tu masukkan susu pekat, garam, gula dan tomato.
Siap untuk dimakan.

Haa, macam tu lah caranya. Jida sebenarnya suka juga makan Tomyam ni, lagi-lagi kalau dapat pes Tomyam Thai yang menyengat tu. Memang sedap. Ikut je step by step dan bahan-bahan tu.

Nak lagi pedas tambah cili api sikit lagi. Tapi kalau ada anak-anak kecil, cukup je just follow resepi ni. Kalau nak jugak rasa pedas, potong je lah cili api dan tambah diluar.

Ok lah korang, jangan lupa cuba ya. Memang terbaik resepi Tomyam Pekat Ala Thai ni. Bye.

(Visited 7,465 times, 446 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!