Resepi untuk Ibu Hamil Anemia

Lepas tulis entri mengenai 2 cara untuk mengatasi masalah Hb rendah untuk ibu hamil hari tu, Jida ada janji nak bagi resepi kan? Maaf ye, udah beberapa hari baru siap entri istimewa. Almaklumlah, jarang sangat tulis resepi. Haha.

Ok, jangan bagi Jida merapu banyak-banyak, moh kita lihat apakah resepi-resepi itu? Harap-harap lepas baca nanti, dapatlah di cuba pula ye.

Resepi 1: Kerang Rebus Asam Limau

Bahan-bahan
500gm kerang
2cm halia (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 biji bawang merah (dihiris halus)
1 biji cili merah
Sedikit air

Pencicah Asam Limau
3 biji limau kasturi
1/2 biji tomato
1/2 biji cili merah
1/2 biji cili hijau
1/4 biji bawang besar

Kerang rebus

Cara Penyediaan (Kerang)
1. Cuci kerang hingga bersih
2. Rebus kerang dengan sedikit air. Masukkan halia, serai, bawang merah dan cili merah.
3. Rebus sehingga masak.

Cara Penyediaan (Sambal limau)
1. Potong halus-halus tomato, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Satukannya.
2. Perahkan limau ke atas bahan-bahan yang dipotong tadi.
3. Hidangkan kerang rebus bersama sambal limau .

Resepi 2 : Bayam Rebus Daun Kunyit

Bahan-bahan
1 ikat sayur bayam (300gm) – dibasuh dan dipotong.
1 helai daun kunyit (disimpul)
1 sudu makan ikan bilis (ditumbuk)
Sedikit garam
1 ½ cawan air

03-092-a-baby-spinach-salad-red-onion-honey-mustard-dressing_xl

Cara penyediaan
1. Masak air bersama bawang dan ikan bilis sehingga mendidih.
2. Perlahankan api, masukkan bayam dan daun kunyit. Elakkan memasak sayur terlalu lama.
3. Tambah sedikit garam.
4. Sedia untuk dimakan.

Resepi 3 : Jus Jambu Batu

Jambu batu kaya dengan vitamin C untuk memastikan ia menyerap zat besi dengan lebih efisien.

Bahan-bahan

2 biji jambu batu
2 sudu gula
Jus lemon
Sedikit jus halia

Jus jambu

Cara penyediaan

1. Rebus jambu batu yang dipotong kecil di dalam air. Biarkan ia sejuk sekejap.
2. Kisar jambu tersebut. Masukkan jus lemon dan halia.
3. Tambahkan beberapa kiub ais dan enak diminum.

Resepi 4 : Smoothie Kurma

Kandungan zat besi yang tinggi dalam kurma baik untuk mencegah masalah Hb rendah atau anemia.

Bahan-bahan

250 ml Susu segar
5 biji kurma
2 sudu besar madu
2 sudu besar yogurt asli
Sebiji pisang masak
Sedikit kiub ais

Smoothie kurma

Cara Penyediaan

1. Buang biji kurma.
2. Potong pisang berbentuk kecil.
3. Masuk semua bahan dalam pengisar.
4. Kisar semua bahan sekaligus sehingga hancur.
5. Siap untuk dinikmati.

Haa…amacam? Nampak macam best je kan? Dah habis baca, jangan lupa cuba. Nanti, komen je kat bawah ni.

Ok lah, itu je yang mampu Jida kongsikan setakat ni. Kalau ada pertambahan, inshaallah nanti Jida update ye.

Sehingga bertemu lagi. Bye..

(Visited 937 times, 19 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!