Resipi Bubur Butir Nangka

Lepas buat ‘Kuih Puteri Mandi‘ minggu lepas, Jida cakap dengan suami rasa nak buat sekali lagi lah kuih tu. Terus dia balas, tak payah, buat Bubur Butir Nangka pula, dia nak makan.

Ok lah encik suami. Saya menurut perintah. Huhu..Maka, terjadi lah Bubur Butir Nangka pada petang ni. Dalam loghat Kelantan, biji dipanggil butir. Kenapa kuih ini dipanggil biji nangka? Sebabnya, bentuk kuih bulat-bulat bujur macam biji nangka. Sebab tu lah dipanggil macam tu. Gitu..

Ok, jadi nak buat bubur ni senang aje. Bahan-bahan dan cara penyediaannya adalah seperti berikut.

Bubur Butir Nangka

Bahan-bahan (Kuah)

Santan pekat ( 2 kotak santan segera )
2 helai daun pandan (disimpul)
Gula dan garam – secukup rasa
1/2 sudu kecil Halba
2 sudu sagu (jika suka)

Cara memasak kuah

1. Bersihkan sagu dan rendam dalam air lebih kurang 20 minit.
1. Selepas itu, satukan semua bahan dalam periuk. Guna api yang sederhana besar.
2. Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.
bubur butir nangka

3. Rasakan garam dan gula. Tak mau manis sangat. Cukup rasa je tau. Bahaya terlebih manis dalam makanan ni.

4. Kacau sehingga mendidih. Tutup api.

Bahan-bahan (Butir Nangka)

3 cawan tepung beras pulut
Air secukupnya ( kena bajet sendiri )
Pewarna hijau
Sedikit air kapur
Garam

Cara membuat

1. Sebelum menguli, panaskan dahulu air  di dalam periuk. Sukatan air lebih kurang separuh periuk.

2. Masukkan tepung, air kapur, pewarna dan garam ke dalam bekas

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sampai adunan sebati dan tepung tidak melekat pada tangan.

resepi bubur butir nangka

4. Kemudian bentukkan seperti biji nangka.
resepi bubur butir nangka

5. Terus masukkan doh itu ke dalam periuk dengan air yang sedang mendidih.

resepi bubur butir nangka

6. Apabila butir nangka masak, ia akan timbul di permukaan air. Angkat dan toskan.

7. Setelah itu, masukkan butir nangka ke dalam kuah yang dah kita siapkan tadi.
8. Siap.
Lepas tu boleh lah sendukkan ke dalam pinggan dan hidang kat suami. Haha..macam tu lah kiranya resepi yang Jida nak share kali ni.
resepi bubur butir nangka
Mana yang dah lama nak try buat tapi tak terbuat-buat. Inilah masanya nak buat untuk keluarga. Senang dan bahannya pun tak banyak.
Akhir kata. Selamat Mencuba!
(Visited 6,176 times, 204 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Resipi Bubur Butir Nangka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!