Resipi Daging Goreng Kunyit, Menu Mudah Untuk Makan Tengahari

Kalau diikutkan, sebelum kahwin memang diri ini jarang sangat ke dapur. Terpaksa mengaku sebab itu kebenarannya. Tapi, kalau setakat masak daging goreng kunyit ni boleh lagi la buat.

Bukan apa, sebab resepinya pun memang ringkas dan mudah. Janji buat je ikut langkah-langkah berikut. Jangan risau walaupun anda baru pertama kali cuba masak makanan berasaskan daging, inshaallah boleh masak punyalah.

Resepi Daging Goreng Kunyit

daging goreng kunyit

Bahan-bahan

Daging
Serbuk kunyit
Garam
bawang besar (hiris)
Cili hidup (hiris)

Cara Penyediaan

Daging dilumur dengan garam dan serbuk kunyit.
Masukkan daging kedalam kuali dan tambahkan sedikit air.
Rebus sehingga daging empuk.
Setelah daging empuk dan air kering, masukkan minyak masak ke dalam kuali tadi.
Goreng sehingga daging agak garing, masukkan bawang dan cili yang dihiris.
Tunggu dua minit dan kacau sekejap. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.

Apa macam? Senang je kan? Kalau ayah Jida, bila tiba bulan puasa, inilah lauk kegemaran dia untuk bersahur. Ada je lauk Daging Goreng Kunyit baru berselera dia nak makan. Dapat hari-hari pun tak pe. Hehe..

So, apakata anda pun cuba sekarang..Nanti kalau dah cuba, jangan lupa tinggalkan komen ya. Terima Kasih.

(Visited 165 times, 12 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Resipi Daging Goreng Kunyit, Menu Mudah Untuk Makan Tengahari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!