Resipi Homemade Playdoh Yang Lembut Dan Tahan Lama

Hari ini Jida nak share satu resipi best yang anak-anak kecil pasti suka. Serius best resipi ni tau. Resipi Homemade Playdoh Yang Lembut Dan Tahan Lama, InshaAllah, sekiranya ibu atau ayah cuba resepi ni doh yang terhasil boleh tahan lebih sebulan lamanya. Lembut sangat dan selamat untuk anak-anak kalau ada yang tertelan benda ni. Maklumlah, anak-anak kecil ni, pantang leka, habis segala mainan digigitnya.

Oklah, tak nak buang masa, jom kita check it out bahan-bahan yang digunakan.

homemade playdoh buat sendiri

Resipi Homemade Playdoh

1 cawan tepung gandum
1 cawan air
┬╝ cawan garam halus
2 sudu besar minyak masak
Sedikit perwarna (tak kisah warna apa-apa)

Cara-cara

1. Kacau perwarna dalam air sehingga sebati.

2. Kemudian, masukkan semua bahan dalam periuk. Kalau ada non stick pan lagi bagus sebab senang nak basuh lepas guna.

3. Kacau-kacau smpailah adunan jadi tak berketul. Untuk info, adunan memang cair sebelum dipanaskan di atas dapur. Tapi, jangan risau (read: cuak), teruskan mengacau sehingga adunan tepung cair tadi jadi doh.

homemade playdoh buat sendiri

4. Lepas dah jadi doh semuanya, tutup api. Tunggu sejuk sebelum di uli sehingga menjadi lembut.

homemade playdoh buat sendiri

5. Ulang lagi langkah di atas untuk membuat playdoh kaler lain pula.

homemade playdoh buat sendiri

Biasanya hasil akhir yang akan anda perolehi adalah satu bahagian doh yang tak melekat di tangan tapi tekstur yang diperolehi lembut sangat. Lagi bestlah dari tanah liat yang anak-anak selalu main tu. Lagipun jenis yang tu kalau termakan, bahaya.

So, lepas ni bolehlah cuba ya. Tak perlu dah beli play doh yg mahal itu kat kedai mainan. Buat sendiri sahaja dirumah bersama anak-anak. Tentu mereka suka dan excited nak main playdoh yang berwarna warni.

(Visited 28 times, 13 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Resipi Homemade Playdoh Yang Lembut Dan Tahan Lama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!