Resipi Kek Kukus Sukatan Cawan, Guna Bahan Mudah

Sejak-sejak ketuhar yang Jida beli 5 tahun lepas rosak dan dah tak boleh guna. Maka sangat jaranglah Jida nak buat kek ke apa. Kalau teringin nak makan pun, Jida beli la sepotong dua.

Tapi kali ni, Jida buat lah juga kek untuk anak-anak. Sementelah dah beberapa kali juga Dayana minta nak buat kek sama-sama. Suka diaorang bila dapat buat kek macam ni.

Ok, ini lah dia bahan-bahan yang Jida guna. Versi kek kukus yang sangat simple dan menggunakan bahan yang sedia ada di dapur.

Bahan-bahan
1ΒΌ cawan tepung gandum
1 cawan marjerin
2 biji telur
8 sudu besar gula
1 sudu teh serbuk penaik
2 titik pewarna kuning ( optional, takde pun takpe )

Cara-cara penyediaan
1. Kacau gula dengan marjerin hingga sebati menggunakan senduk. Nak guna mesin pengadun pun boleh.

2. Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji dan gaul lagi.

3. Masukkan tepung+serbuk penaik sedikit demi sedikit sehingga sebati semuanya.

4. Masukkan pewarna yang disukai dan kacau-kacau-kacau.

5. Griskan loyang dengan sedikit marjerin. Masukkan adunan ke dalam loyang.

6. Kukuskan kek dengan menggunakan api sederhana.

7. Selepas setengah jam, periksa kek anda. Cuba cucukkan garfu pada kek. Sekiranya adunan dah tak melekat pada garfu, maksudnya kek dah masak.

8. Tutup api. Boleh lah dihidangkan panas-panas. Mabeles.

Resipi kek kukus sukatan cawan

Senang je kan? Kalau korang nak buat sama- sama dengan anak-anak pun boleh. Suruh je dia orang tolong kacau. Mesti dia orang seronok. Lagi-lagi kalau lepas tu, korang letak lah hiasan apa-apa macam chocolate chip atau chocolate rice yang berwarna warni.

Ok lah itu je yang Jida dapat share hari ni. Walaupun simple tapi Jida harap ia dapat membantu anda. Dan jika anda nak kongsi artikel ini, sila tekan butang kongsi yang ada di bawah. Terima Kasih.

Ruzidah Abdullah
Pengedar Shaklee Aktif Anda

(Visited 14,080 times, 234 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

6 thoughts on “Resipi Kek Kukus Sukatan Cawan, Guna Bahan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!