Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Lama dah tak makan ketupat yang satu ni. Memang suka sangat side dish ketupat sotong sejak dulu-dulu lagi.

Tapi nak membuatnya tu nak kena ‘tunggu seru’ dulu, tu yang lama-lama sekali baru buat. Lagipun, yang makannya Jida sorang je. Mana nak feel. Kalau ramai-ramai baru syok. Ye tak?

Ok takpe, apa-apahal kita berkenalan dulu dengan bahan-bahan dia.

Ketupat Sotong 

resepi ketupat sotong

BAHAN-BAHAN

1 kilo sotong (sederhana)
½ kilo santan pekat
3 ketul gula melaka (**nise) Sedikit Halba (optional)
1 cawan beras pulut
5 helai daun pandan
Garam dan gula
Lidi / Pencungkil gigi

CARA MEMBUATNYA

1. Bersihkan sotong, buangkan dakwat hitam dan toskan.
2. Basuh beras pulut dan rendam seketika (kira-kira15 ke 30 minit)dengan sedikit santan dan garam.
3. Ambil sotong, gunakan sudu kecil, masukkan beras pulut tadi sehingga separuh badannya. Jangan sesekali isi penuh, sebab hasilnya nanti pulutnya tak masak. Isi separuh je, okay?
4. Ambil kepala sotong dan masukkan ke dalam badannya yang berisi beras pulut tadi.
5. Cucukkan pencungkil gigi/lidi depan dan belakang kepala.
6. Di dalam periuk, lapik bahagian dasarnya dengan daun pandan sehingga melitupi kesemuanya.
7. Susun sotong biar memenuhi ruang dasar dan tindan perlahan di atasnya.
8. Masukkan santan pekat tadi bersama sedikit garam, halba dan gula melaka.
9. Hidupkan api yang paling kecil, tutupkan periuk dan masak selama 30-45minit .
10. Siap.

Fuh..akhirnya siap juga ketupat sotong idaman hati. Haa..tapi hati-hati, jangan makan berlebih-lebih pula sebab ketupat sotong ni manis. Bimbang datang penyakit kencing manis pula.

Apa-apa makanan pun, ambil lah secara berpada-pada. Kita semua kan nak sihat sentiasa? Baik beringat sebelum terkena. 

Jadi, pada sesiapa yang ingin mencuba Ketupat Sotong ini, bolehlah guna resepi diatas ya. Semoga Berjaya dan jangan lupa komen. Bye.

(Visited 2,344 times, 58 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

4 thoughts on “Resipi Ketupat Sotong Kelantan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!