Resipi Kuih Bakar Pandan guna Pemanggang Ajaib

Assalamualaikum w.b.t

Sesekali bila datang mood nak masak, pagi-pagi lagi dah ber’tukang’ di dapur. Ketang..ketung..siap.¬†Resepi senang dan mudah kali ini dinamakan sebagai Kuih Bakar Pandan guna Pemanggang Ajaib versi Jida. Nama resepi pun dah panjang melebar, Jom kita tengok apa pula bahan-bahan dan caranya.

 kuih bakar pandan pemanggang ajaib

 

Resipi Kuih Bakar Pandan guna Pemanggang Ajaib
Author: 
Recipe type: Baked
Cuisine: Desert
Prep time: 
Cook time: 
Total time: 
 
Ingredients
  • 2cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 200 ml santan kotak
  • 3 biji telur ayam
  • 2 sudu makan marjerin
  • Sedikit perwarna hijau
  • Sedikit bijan untuk ditabur di atas kuih bakar
Instructions
  1. Masukkan santan, telur, gula, tepung, marjerin dan perwarna ke dalam bekas dan kacau sehingga semua bahan sebati
  2. Lengserkan sedikit marjerin di bahagian dalam pemanggang. Panaskan pemanggang ajaib di atas dapur dengan api sederhana.
  3. Tuangkan semua adunan ke dalam pemanggang.
  4. Taburkan bijan sebagai hiasan. Gunakan api kecil dan tutup pemanggang ajaib dengan kemas.
  5. Selepas 15 minit, buka penutup pemanggang dan lihat keadaan kuih bakar. Sekiranya sudah nampak keras sedikit, terbalikkan pemanggang ajaib supaya kuih masak sama rata.
  6. Selang 15 minit, periksa keadaan kuih dengan mencucuk garfu besi ke atas kuih. Sekiranya tiada kuih yang melekat di garfu, Maknanya kuih sudah masak. Tapi, sekiranya ada adunan yang masih melekat, tambahkan masa lagi lebih kurang 5-10 minit.
  7. Keluarkan kuih bakar dari pemanggang apabila sudah masak.
  8. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.

Nota Kaki

1- Sesetengah orang campurkan juga jus pandan, untuk memberi bau wangi kepada kuih bakar.
Cara nak hasilkan jus pandan ialah 5 helai daun pandan di blender dengan air sikit dan kemudian ditapis. Saya tak guna sebab malas nak gi ambik kat luar. Masih gelap lagi, lepas subuh. Makanya, guna pewarna je pun OK.

2- Adunan ini juga boleh diblender, tapi untuk versi Jida, Jida lebih suka kacau manual je. tak payah susah-susah nak basuh blender.Haha.

Untuk info, resepi ini Jida siapkan lebih kurang tak sampai sejam termasuk tempoh memasak. Maknanya, ia tak memerlukan tempoh yang lama pun untuk menyediakannya. Sambil menunggu kuih bakar masak, bolehlah bersiap-siap ke tempat kerja. 2 in 1 gitu. Dah masak, boleh lah dimakan panas-panas.

Selain daripada entri ini, Jida juga pernah menulis mengenai resepi Puding Gula Hangus, Kuih Onde-Onde dan Kek Kukus Sukatan Cawan. Jemput baca ya.

Akhir kata, Selamat mencuba.

Ruzidah Abdullah
013-6691930
ruzidah@ gmail.com

(Visited 7,374 times, 83 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Rate this recipe:  

CommentLuv badge

error: Content is protected !!