Resipi Kuih Puteri Mandi, Menu Pilihan Sedap dan Mudah

Memang mood Jida minggu ni nak makan masakan Kelantan je. Baru je beberapa hari lepas buat Ketupat Sotong. Hari ini teringin pula nak makan kuih Puteri Mandi ni.

Entah kenapalah ya. Mungkin juga sebab rindu pada emak dikampung.

Walaupun ini first time buat sendiri, Alhamdulillah menjadi! Bukan tak pernah buat, tapi sebagai assistant mak je. Tolong-tolong gentel, bahagian paling senang. Haha..Hari ni baru berpeluang buat sendiri.

Jadi, bahan-bahan dan langkah-langkah nak membuatnya adalah seperti berikut.

Resepi Kuih Puteri Mandi

Bahan kuih:
3 cawan tepung pulut
1 sudu kecil air kapur
Pewarna
Sedikit air

Bahan kelapa ( untuk digaul ):
1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut ( kalau boleh ambik yang pertengahan, bukan kelapa muda atau kelapa tua. hee~~~)
2 helai daun pandan
Garam

Cara-cara:
1. Tepung pulut dicampur dengan air kapur.

2. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas.

3. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. Warna pilihan Jida hijau, kuning dan putih.

4. Sementara itu, didihkan setengah periuk air.

5. Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya.

cara menggentel kuih puteri mandi
6. Masukkan ke dalam air mendidih. Tunggu sehingga adunan timbul ke atas. Adunan yang timbu menandakan ia sudah masak.

masak kuih puteri mandi

7. Angkat guna penapis dan toskan sebelum dimasukkan ke dalam pinggan.

kuih puteri mandi

SIAP PART 1, BUAT PART 2 PULA. GUNA KUALI PUN BOLEH.

8. Untuk kuah, masakkan air, gula, garam dan daun pandan yang disimpul sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat.

9. Masukkan adunan yang dah masak ke dalam kuah dan kacau rata. Bolehlah dihidangkan ketika sejuk.

**Beringat-ingat apabila menggunakan gula dalam masakan atau minuman. Kita nak sihat selalu kan. Less is better. Penyakit mudah singgah bila kita sendiri tak nak ambil langkah pencegahan

resepi kuih puteri mandi
Dah siap digaul dengan kelapa

Bestnya, sedap tau ni. Suka sangat. Dengan rasa kuih yang lembut, digaul pula dengan kelapa parut yang lemak-lemak. Issh..licin sepinggan.

Buat Kuih Puteri Mandi sesi kali ini tak cukup pula rasanya sebab suami nak tapau bawa pi tempat kerja. Takpe lah, lain kali boleh buat lagi. InshaAllah.

Ok lah korang, terima kasih kerana sudi baca blog Jida. Semoga korang semua dapat mencubanya dirumah. Semoga berjaya.

RUZIDAH ABDULLAH
ruzidah@gmail.com

(Visited 1,070 times, 58 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Resipi Kuih Puteri Mandi, Menu Pilihan Sedap dan Mudah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!