Resipi Rendang Ayam Perantau

Selamat Hari Raya AidilAdha 2015

Di hari raya, terkenang daku kepada si dia.
Kampungku Indah Nun Jauh di sana,
Ayah Serta Bondaku

(‘_’) Sedih tau tak dapat balik Raya Haji tahun ini. Namun, tak payah la nak bersedih lama sangat kan. Celebrate je lah dengan keluarga kecil kami. Masak je apa yang ada dan apa yang Jida reti untuk juadah pagi raya Haji. Maka, terhasilah Rendang Ayam Perantau (Yang Sedih Sebab tak Balik Raya). Gitew!! Haha.

Resepi rendang Ayam
Resepi rendang Ayam

Jadi, bahan-bahannya adalah seperti di bawah

1/2 ekor ayam
6 biji bawang merah *
4 biji bawang putih *
1 labu bawang besar *
4 batang serai * (dihiris halus)
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup * (ganti dengan 1 sudu kecil kunyit serbuk)
3 sudu besar Cili boh (nak lagi pedas, up sukatan)
1 sudu Gula
Garam secukup rasa
80 gm Kerisik
2 keping Asam gelugur
1 kotak santan
3 tangkai daun kunyit ( dihiris halus)

Camne nak masak? Follow je step2 di bawah.

1- Mula-mula sekali, bawang merah, bawang putih , bawang besar, serai, halia, lengkuas, kunyit di blend sehingga hancur.
2- Masukkan semua bahan yang diblend bersama dengan ciliboh dan kerisik. Kacau sebati.
3. Masukkan ayam dan kacau lagi.
4. Agak-agak dah bergaul mesra, masukkan santan ke dalam kuali.Kacau sekali sekala.
5. Selepas mendidih, masukkan daun kunyit dan asam keping.

rendang-ayam-ru
Ginilah rupanya sebelum pekat

6. Bila kuah rendang hampir pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Bila kuah dah pekat, bolehlah ditutup apinya. Siap.

Walaupun agak mengambil masa untuk menunggu kuah rendang menjadi pekat. Namun, hasilnya InshaAllah tidak mengecewakan. Pandai-pandailah adjust rasanya sampai memenuhi selera anda ya.

Selamat Mencuba.

(Visited 461 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Resipi Rendang Ayam Perantau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!