Resipi Rendang Daging, Mesti Cuba

Kalau sebelum ni Jida up entri Resipi Rendang Ayam, kali ini Jida share sini Resipi Rendang Daging pula. Almaklumlah, dapat banyak daging korban masa Hari Raya Aidil Adha hari tu, maka kita masak lah dengan bahan-bahan yang dah ada. Belum jemu lagi setakat ni dengan daging sebab banyak juga menu yang boleh dibuat daripadanya kan?

Artikel Berkaitan : Jom Cuba Daging Goreng Kunyit.

Ok, berbalik pada Resipi Rendang Daging ni sebenarnya Jida sebenarnya nak berterima kasih pada tuan punya blog masakan yang terkenal AzieKitchen kerana dari situlah Jida berjaya masak rendang daging yang kena dengan tekak suami. Berkali-kali dia puji rendang ni cukup rasa dan sedap di mulutnya. Sampai, suruh buka kedai jual rendang pula. Oh my, bodek lebih nampaknya suami ku ini..Hew..hew..

Boleh check out resepi asal kat sini ya —>>> Rendang Daging Sedap Giler.

Boleh dikatakan bahan-bahan yang  ada dan cara penyediaan yang dinyatakan di dalam blog tersebut memang Jida ikut satu persatu, cuma amaun yang digunakan kurang sedikit lah sebab kami makan berdua je. So, masak sikit je lah. Kalau korang nak masak lebih, pandai-pandailah adjust ya.

Resipi Rendang Daging

resipi rendang daging

Bahan bahan (untuk 3-4 orang makan)
½ kg daging
3 sudu besar cili kisar
½ kg santan pekat
2 sudu makan kerisik – guna 1 1/2 pek
2-4 helai daun kunyit – hiris halus
Garam, air asam jawa dan gula (secukup rasa)

Bahan A
4 biji bawang merah
½ biji bawang besar sedang
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan B
1 inci lengkuas muda
4 batang serai – hiris
2 sudu makan ketumbar (rata) – sangai wangi
1 sudu makan jintan manis – sangai
1 sudu makan jintan putih – sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak mencukupi. Jika kurang bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan, daun kunyit dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Masukkan kerisik, air asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya.

Sebab Jida suka rendang yang berkuah, maka Jida tutup api sebelum ia sempat kering. Tapi, kalau korang suka rendang yang kering, tunggu la masakan rendang tersebut betul-betul kering sebelum tutup api.

Ok lah, nanti korang cuba la ya. Jangan lupa komen kat sini lepas masak ya. Nak juga tahu hasil korang tu. Selamat Memasak.

(Visited 73 times, 21 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Resipi Rendang Daging, Mesti Cuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!