Resipi Tomyam Putih, Sedap Weh

Sebelum ni memang Jida ingat Tomyam cuma ada sejenis. Yang warna nya merah dan memukau itu je. Rupa-rupanya ada juga tomyam yang berwarna berwarna putih, dimana rasanya juga masih sedap walaupun rupa kuahnya nampak plain sahaja. Punya la jakun kan. Orang lain dah berkurun dah tau kewujudan tomyam putih ni.

Maka, hari tu Jida cuba la masak tomyam takde warna ni kat rumah ni. Konon-konon sebab hari tu masa makan kat kedai macam tak cukup pula. So, inilah antara bahan yang Jida gunakan.

Resepi Tomyam Putih Campur

resepi tomyam putih campur

BAHAN-BAHAN:

10 ekor udang
10 gm sotong
100 gm isi ayam
1 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 cm lengkuas (dihiris halus)
2 tangkai cili padi (diketuk)
1 batang serai (diketuk)
2 helai daun limau purut
1 biji tomato (dipotong 6)
1 sudu teh gula
Air
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Di dalam periuk, masukkan air bersama bawang merah, daun limau, cili padi, serai dan lengkuas.

2. Masak sehingga mendidih.

3. Setelah itu, masukkan udang, sotong, dan isi ayam.

4. Biarkan beberapa minit hingga masak. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masukkan tomato sebelum tutup api.

5. Hidangkan dan sedia dinikmati.

Huuu, senang je kan? Sediakan bahan-bahan dan campakkan semua ke dalam periuk. Proses nak masak pun tak lama. Harapnya anda sudilah untuk mencuba resipi ni nanti. Selamat Memasak.

(Visited 131 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!