Review Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Ini antara buku yang menjadi pilihan Jida minggu ini. Dari muka pertama sampailah muka surat terakhir Jida baca dengan bersungguh-sungguh. Dan sekiranya ada kelapangan waktu nanti, Jida nak ulang baca lagi sampai hadam, Insha Allah.

Buku : Mudahnya Menjemput Rezeki 2

buku mudahnya menjemput rezeki

Bagaimana Jida perolehi buku ini, anda boleh baca di entri Jida yang terdahulu. Pengalaman berjumpa sendiri penulis buku terlaris ini memang pengalaman yang sungguh menarik. Klik Sini : Berjumpa Penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki.

Apa yang best mengenai buku ini?

Secara peribadi, Jida sukakan buku ini kerana tulisannya yang berbentuk santai dan tidak terlalu tinggi standard bahasa yang digunakan. Point penting yang ingin disampaikan oleh penulis juga adalah mudah untuk difahami oleh pembaca.

Syukur sangat rasanya diberi peluang untuk mendapat buku ini daripada penulisnya sendiri, Encik Fathuri Salehuddin. Sesungguhnya auranya jadi lain macam pula sebaik saja bila memberi buku ini hari tu.

buku mudahnya menjemput rezeki
Alang-alang dah jumpa penulis, mintalah sekali beliau untuk turunkan aotograf pada buku.

Secara ringkasnya buku ini dikeluarkan sebagai kesinambungan dari buku pertama yang mana banyak menceritakan mengenai bagaimana caranya kita untuk menjemput rezeki. Apakah antara caranya, haa..itu anda kenalah baca sendiri.

Berikut adalah antara bab-bab yang terkandung dalam buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2 ini. Bukunya tidaklah terlalu tebal dan tidak juga terlalu nipis. Insha Allah, kalau fokus baca, sehari dapat habiskan baca dah.

buku mudahnya menjemput rezeki

buku mudahnya menjemput rezeki

Bagaimana? Adakah anda teruja untuk mendapatkan naskah terbaru beliau? Jida tidak pasti kedai buku mana yang akan memasarkan buku beliau ini. Tapi yang pasti, anda boleh terus bertanya pada penulisnya untuk sebarang pertanyaan. Nombor telefon Tuan Fathuri ada tertera pada gambar kedua dalam entri ini.

Semoga info yang ada pada blog ini dapat memberi sedikit sebanyak maklumat pada anda. Dan Jida doakan agar kita dapat bertemu di dalam penulisan yang lain pula. Insha Allah.

Assalamualaikum.

(Visited 199 times, 11 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

8 thoughts on “Review Buku Mudahnya Menjemput Rezeki 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!