Rezeki Akhir Ramadhan : Jumpa Penulis Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Tak sangka sungguh, rezeki Ramadhan tahun ni, Jida berpeluang jumpa sendiri dengan penulis buku bestseller ‘Mudahnya Menjemput Rezeki’. Nak tahu tak macam mana Jida boleh terjumpa beliau? Haa..inilah kisahnya.

Rasanya ramai yang tahu mengenai buku Mudahnya Menjemput Rezeki(MMR) yang ditulis oleh Fathuri Sallehudin. Kalau ada yang tidak tahu mengenainya mungkin boleh baca sedikit mengenainya disini.

Alkisahnya bermula sewaktu perjalanan balik kampung ke Kelantan. Kawan suami minta tolong hantarkan buku yang baru siap dicetak pada Encik Fathuri di Pasir Puteh. Oleh kerana tempat yang hendak dihantar berada dipertengahan jalan pulang, maka setujulah encik suami.

mudahnya menjemput rezeki
Suami sempat bergambar bersama penulis buku MMR. Jida tukang tangkap gambar je.

Inilah dia penulis buku yang kami jumpa tu, Encik Fathuri Salehuddin. Peramah dan baik hati sangat orangnya. Sempatlah dihulurkan duit raya pada anak-anak dan juga beberapa buah buku terbaru tulisannya pada kami. Alhamdulillah..

Selepas beberapa ketika berborak dengan beliau, kami minta izin undur diri. Walaupun dalam hati bagai tak percaya, tapi itulah hakikatnya..Hehe.

Oklah, itu sajalah coretan kali ni. Sehingga kita berjumpa lagi. Bye

(Visited 21 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!