Sagu Gula Melaka, Pemanis Mulut Yang Sedap

Kira punya kira, rupanya tak sampai 100 hari lagi kita bakal bertemu dengan Ramadhan. Wah, bestnya! Tak sabar nak berpuasa lagi.

Tapi sebelum tu, jangan lupa ganti puasa dulu yang mana tinggal tahun lepas. Nak lebih cergas sepanjang hari, masa sahur tu, ambil segelas susu ESP campur dengan kurma. Inshaallah, boleh tahan lapar lebih lama.

Ok lah, pada siapa-siapa yang tengah ganti puasa tu, Jida ucapkan Selamat Mengganti Puasa ya. Hehe. Kalau tak ada idea apa nak masak untuk buka puasa nanti, meh sini Jida belanja resepi sagu gula melaka.

Resepi sagu gula melaka

Pemanis mulut ni sangat senang dibuat dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Malah, bagi orang yang baru nak cuba pun inshaallah boleh jadi punya lah.

Jadi, jom lah kita tengok bahan-bahan dan cara nak buat dia ya.

SAGU GULA MELAKA

Bahan- bahan ( Masak Sagu )

1 cawan sagu (tak kisah warna apa)
3 cawan air
3 sb gula

Cara-Cara:
1. Rendam biji sagu lebih kurang setengah jam.

2. Kemudian bersihkan dengan air dan tos.

3. Masukkan sagu bersama air ke dalam periuk.

4. Masukkan gula.

5. Kacau-kacau selalu supaya tidak berkerak. Jika air hampir kering tapi sagu masih belum jernih, tambahlah sedikit air.

** Jangan banyak sangat air, takut terlembik pula.

6. Bila sagu hampir jenih keseluruhannya barulah dimasukkan gula. Tutup api.

7. Sekiranya anda menggunakan sagu berwarna putih, boleh lah titis pewarna yang digemari ke dalam periuk dan kacau seketika.

8. Masukkan ke dalam acuan/loyang. Sejukkan.

Untuk Manisan (Gula Melaka)
1 ketul gula melaka
1/2 cawan gula merah
1 cawan air
1 helai daun pandan simpul

Cara-Cara:
1. Satukan semua bahan di dalam kuali.

2. Masak hingga gula larut dan agak pekat.

3. Tutup api, tapis dan sejukkan.

Selain itu, sediakan juga SUSU CAIR ( apa-apa jenama pun tak kisah ) sewaktu menghidang nanti. Ada juga yang guna kan santan tapi resepi Jida ni guna susu sebab santan tak de. Malas nak keluar cari kat kedai. Hehe.

Jadi, bila dah sejuk keluarkan lah sagu dari peti ais dan hidangkan.

Contoh hidangan : ( Refer caption digambar ya)

sagu gula melaka
Masukkan susu cair ke dalam mangkuk
sagu gula melaka
Kemudian, masukkan sagu
sagu gula melaka
Last sekali, masukkan gula melaka yang dah dicairkan tadi.

Dah siap!

Amacam? Walaupun rupanya tak comel mana, janji rasanya sedap tau.  Lagi-lagi bila dihidangkan sejuk-sejuk dari peti ais. Nyaman tekak rasanya.

Jadi, jangan lupa cuba ya? Semoga entri ini dapat membantu anda membuat pemanis mulut Sagu Gula Melaka.

Terima Kasih kerana sudi singgah disini dan Selamat Mencuba.

Ruzidah Abdullah
013-6691930
ruzidah@gmail.com

(Visited 280 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!