Salam Aidil Adha 2016

Pagi ini hujan turun dengan lebatnya di kawasan Banting. Ya, hujan rahmat di pagi Hari Raya Aidil Adha. Walaupun begitu, suara takbir masih sayup kedengaran walaupun hujan turun menderu-deru.

Tahun ini juga kami sekeluarga tidak balik beraya di kampung. Sedih memang sedih, tapi apakan daya suami tidak dapat bercuti lama. Kalau setakat balik 2 hari tak mampulah kami nak hadap jem. Kawan yang balik ke Kota Bharu 2 hari sebelum raya terpaksa menempuh 13 jam perjalanan balik. Walaupun hanya duduk disebelah seat pemandu, penat tu nak tempuh perjalanan yang jauh. Tido-bangun-tido-bangun pun belum tentu sampai umah.

Sebenarnya, pernah je balik kampung selama 13 jam tapi pada masa Hari  Raya Puasa tapi masa tu cutinya apply sampai seminggu. Penat pun takpe. Berbaloi.

Takpelah, beraya saja lah disini dengan family kecik kami. Syukur, Alhamdulillah. Dapat juga beraya.

Semalam pun (sehari sebelum raya), kami suami isteri takdelah beria-ria nak cari barang basah untuk dijadikan juadah raya. Just nak buat sup tulang makan dengan nasi camtuh je. Punya la takde mood raya. Tapi belah malamnya, Jida ajak lah juga suami ke kedai runcit berdekatan untuk mencari bahan untuk bakar satay. So, membakar satay la kita di pagi raya. Boleh la di bahagikan buat jiran depan rumah. Ada lah juga suasana. Rebus nasi himpit sikit. Makan dengan satay..

Satay hari raya

Boleh la tu kan? ?

Korang pula camne citer raya pagi ni? Mesti best kan.

Apapun di kesempatan ini, Jida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pengunjung blog ini.

Terima Kasih kerana sudi singgah disini.

(Visited 41 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Salam Aidil Adha 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!