Salam AidilAdha 2015 Buat Semua Muslimin dan Muslimat

Assalamualaikum w.b.t

Terasa sayu di hati apabila tahun ini tidak dapat pulang beraya bersama keluarga. Bukan tak nak balik tapi dek kerana cuti tahunan sudah habis, terpaksalah beraya aje disini.  Redha je la. Pada tahun 2015 ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidil Adha pada tarikh 24 September 2015 bersamaan 10 Zulhijjah 1436 Hijrah.

salam-aidiladha
Salam AidilAdha

Tahun lepas pun sebenarnya, Jida sekeluarga juga tidak balik ke kampung halaman di Kelantan.  Akan tetapi, pada masa itu, takdelah terasa sangat kerana ada mak mertua yang datang berkunjung ke rumah. Maka, terasa jugalah sambutan raya nya dengan adanya juadah raya dan kunjungan jiran dan sahabat handai di Hari Raya.

Takpelah, itulah harga pengorbanan Jida pada tahun ini. Peluang bekerja di negeri orang dan berada berjauhan dari keluarga di kampung halaman mengajar Jida supaya lebih bersyukur. Insha Allah, sekiranya ada peluang, kami akan balik juga ke kampung.

Balik daripada kerja semalam, sempat juga Jida masak rendang ayam dan pagi ini pula Insha Allah Jida akan masak nasi himpit sikit. Jadilah untuk hidangan raya pagi ini, kan? Anak-anak suka betul dengan nasi himpit. Jadi boleh lah masak lebih. Ada rezeki, boleh lah juga berkongsi dengan jiran depan rumah. Insha Allah.

Walaupun di Selangor ni , raya hajinya mungkin tidak semeriah di Kelantan. Jida cuba terapkan juga suasana raya pada anak-anak. Maka, raya haji tahun ini, Jida dah siapkan baju raya Haji untuk mereka. Walaupun hanya sepasang, cukuplah untuk mereka pakai hari ni. Cuma, maknya je lah yang recycle baju-baju raya yang lepas. Hehe…

Ok lah, itu je lah luahan rasa Jida di pagi raya. Dah terdengar laungan takbir dah pun dari masjid. Jom, kita sama-sama menunaikan solat sunat Aidil Adha sekejap lagi dan pada yang menunaikan ibadah korban tahun ini, Selamat menunaikan Ibadah Korban. Insha Allah , semoga ibadah kita akan diterima oleh Allah s.w.t. Amin…

Notakaki : Jangan lupa telan suplemen untuk kolestrol dulu sebelum anda makan daging korban sampai tak ingat dunia. Baik beringat sebelum kena. OK Bye.

(Visited 111 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!