Salam Aidilfitri 2017

Syukur alhamdulillah kerana Allah panjangkan umur kita untuk berjumpa Ramadhan yang mulia. Setelah hampir sebulan berpuasa, kini Syawal pula menjelma.

Walaupun agak kepenatan kerana terpaksa menempuh kesesakan jalan raya berbelas-belas jam, tapi kami sangat gembira kerana berjaya sampai juga ke kampung halaman. Sempat jugalah merasa berbuka puasa hari terakhir Ramadan bersama adik beradik dan juga ibu ayah. Alhamdulillah.

Dan di kesempatan ini, Jida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiltri buat semua pengunjung di Ruzidah.com. Semoga anda sekeluarga ceria berhari raya dan gembira bersama ahli keluarga tersayang.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Kalau boleh, ambillah kesempatan di hari raya ini untuk menziarahi saudara mara terdekat agar ikatan kekeluargaan tetap berpanjangan selamanya. Bila tradisi menziarah dihidupkan, dapatlah kita peluang untuk bertanya khabar, beramah mesra dan bermaaf-maafan di hari raya. Almaklumlah, kebanyakan dari kita ni, biasanya sibuk bekerja dan mungkin setahun sekali baru dapat berjumpa saudara mara dan rakan taulan kan? Jadi, ketika inilah kita ambil masa untuk rapatkan ukhwah sesama kita.

Oklah, sekian sahaja coretan hari raya daripada Jida. Selamat Hari Raya semua.

(Visited 96 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

7 thoughts on “Salam Aidilfitri 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!