Sambal Ikan Bilis, Pelengkap Nasi Lemak

Bau wangi nasi lemak dah menusuk hidung dah. Permintaan anak dara yang bakal pulang dari sekolah sekejap lagi. Suka sangat dia kalau dapat nasi lemak. Boleh habis sesenduk besar.

Dan pelengkap untuk nasi lemak pula mestilah ada sambal ikan bilis, telur rebus dan timun. Kacang tanah tak goreng sebab takda siapa yang makan. Nanti membazir. Huhu.

Entri kali ni Jida nak share mengenai cara nak masak sambal ikan bilis untuk nasi lemak. Ini cara yang Jida biasa buat untuk makan-makan satu keluarga.

Walaupun hanya sambal ikan bilis je. Tapi ada jugak yang nak belajar-belajar buat sambal ikan bilis kan? Jadinya Jida kongsikan resepinya kat sini.

Resepi Sambal Ikan Bilis

resipi sambal ikan bilis

Bahan-bahan yang diperlukan 

10 tangkai cili kering (buang biji dan rendam dalam air panas)
½ biji Bawang besar
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
Sedikit halia
Air asam jawa
Sekeping gula melaka
3 sudu gula
Sedikit garam

Cara penyediaan

1. Cili kering, bawang-bawang dan halia dikisar hingga hancur.

2. Ikan bilis dibasuh dan kemudian digoreng mengguna sedikit minyak

Tips : Kalau nak ikan bilis yang rangup  bila digoreng. Pilih ikan bilis yang elok dan putih-putih je badan dia. Kalau yang tak berapa elok, ikan bilis biasanya akan menjadi liat dan keras. Dan biasanya, Jida akan goreng ikan bilis bersama bawang putih yang dihiris. Bila bawang putih dah garing kekuningan, itu maksudnya ikan bilis juga dah elok dimasak.

3. Angkat ikan bilis dan ketepikan. Jangan tutup api, minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan bilis boleh digunakan untuk menumis.

4. Kalau minyak tak cukup, tambah sikit minyak ke dalam kuali. Bila cukup panas, masukkan bahan tumis yang telah dikisar tadi.

5. Kacau-kacau sedikit dan tunggu sehingga tumisan pecah minyak. Masukkan gula melaka yang dipecah dua. Kacau hingga larut. Masukkan juga gula, garam dan air asam jawa.

6. Setelah semua sebati, masukkan ikan bilis dan kacau lagi sehingga sambal pekat.

7. Bila dah kering. Tambah air sedikit (bagi ada kuah) dan tunggu hingga mendidih.

8. Lepas tu boleh lah tutup api. Siap!

Makan nasi lemak untuk lunch memang awesome. Dah kenyang lepas tu, terus rasa berat mata nak tidur. Haha.

Ok lah korang, itu je Jida nak share kali ni. Selamat mencuba ya. Ada masa nanti Jida update resepi Nasi Lemak pula. Tunggu ya!

(Visited 220 times, 4 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Sambal Ikan Bilis, Pelengkap Nasi Lemak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!