Sambal Tumis Telur Bikin Hati Senang

Tengok tajuk tak boleh blah kan. Sambal Tumis Telur Bikin Hati Senang. Nak buatnya senang sangat. Tak payah cari bahan yang susah-susah. Janji perut tengah lapar, confirm bertambah nasi (ni kalau perut Jida la). Bersyukur sangat dah ada lauk sambal telur macam ni

Resepi Sambal Tumis TelurĀ 

Bahan-bahan
Telur 3 biji (direbus)
3 ulas Bawang putih
4 biji bawang merah
1/2 biji bawang besar (hiris nipis)
Sedikit air asam jawa
5-6 sudu Cili giling
Sedikit belacan (takda pun takpe)
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara penyediaan
1. Kisar bawang merah dan bawang hingga hancur
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisaran sehingga naik bau.
3. Masukkan cili giling. Kacau dan tunggu hingga pecah minyak.
4. Masukkan gula dahulu. Masa ni warna berubah menjadi merah gelap kerana gula yang ditambah.

warna asal merah, bila dah tambah gula, ia akan jadi gelap macam ni

5. Setelah itu, masukkan air asam jawa, belacan, bawang besar dan garam.
6. Tambahkan sedikit air jika perlu.
7. Tutup api.
8. Di kuali lain, panaskan minyak dan goreng telur rebus sehingga kekuningan.

sambal tumis telur resepi_0
telur rebus yang digoreng

9. Setelah itu, angkat dan masukkan ke dalam sambal yang telah kita masak tadi.
10. Siap untuk dihidang.

sambal tumis telur resepi_0
Sambal tumis telur

Selamat Mencuba.

(Visited 53 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!