Akhirnya, seperti tajuk yang di atas, dengan rasminya bulan November 2014 aku telah mendaftarkan diri sebagai ahli Tupperware. Sebelum ni, pernah ah sekali dua beli tupperware mintak tolong orang belikan. Jadinya, oleh kerana tidak mahu susahkan diri sendiri dan orang lain makanya aku pun dah ada ID aku sendiri.
Produk pertama yang aku beli untuk diri sendiri adalah Limited set Moo Mo CanisterĀ ini. Oleh kerana corak lembunya yang sangat mengancam kalbu, maka aku pun terus sambar dua set sekaligus. Walaupun ada ura-ura yang mengatakan orang berebut nakkan Moo-Moo ni tapi aku dengan taktik halus telah berjaya mendapatkannya. Hahaha. Nak cerita kat sini memang susah sikit la…

Lagi? Nak tau aku beli apa lagi? Hehe.. Riak la plak..orang lain dah berlambak koleksi Tupperware. Aku pulak yang sibuk nak tayang koleksi yang cinonet ni…Haishhh..apalah..tapi aku nak tunjuk gak apa yang aku beli..
Cantik kan..? Memang rambang mata time nak pilih barang apa yang nak beli dalam katalog..sudahnya habislah duit beli Moo-Moo, Petalz Set, Handy Cool (macam tumbler..sorry..tak de gambar )..hehe
So, start dari sekarang , kalau korang berkenan mana-mana produk brand Tupperware , just wassap berdesup saya ye..