Sebab-sebab ibu hamil perlu Mengambil Acid Folik setiap hari

Sebaik sahaja ibu disahkan hamil, klinik akan membekalkan suplemen untuk keperluan sepanjang proses kehamilan. Antara suplemen yang paling penting diawal kehamilan adalah acid folik.

pregnant-lady

Apakah itu suplemen asid folik?

Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan juga diperkuat dengan asid folik.

Mengapa ia PENTING untuk Ibu Hamil?

  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
    —  Sumbing lelangit (cleft palate)
    —  Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
    —  Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
    —  Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?

  • Wanita biasa – 0.4 mg sehari
  • Wanita hamil – 0.6mg–0.8mg sehari

Kalau tak makan Acid Folic tak boleh ke?

Mengandung adalah satu peringkat dimana wanita akan mengalami komplikasi kesihatan fizikal. Oleh kerana bayi dalam kandungan perlukan nutrisi, mineral, vitamin dan kalsium daripada tubuh ibu, jadi ibu akan mengalami kesan kekurangan nutrisi tersebut. Sebab tu doktor akan bekalkan vitamin-vitamin supaya ibu dapat tampung kekurangan itu tadi.

B Complex Shaklee untuk ibu hamil

bcomplex--ruzidah

Seperti yang telah saya tulis di awal-awal entri ini, kebiasaannya ibu-ibu mengandung akan diberikan vitamin B-Complex & asid folik apabila membuat pemeriksaan di klinik kerajaan. Namun, tidak ramai yang tahu vitamin B complex tersebut tidak merangkumi 8 kumpulan B @utama yang penting iaitu :

1)      B1 – Thiamin
2)      B2 – Riboflavin
3)      B3 – Niacin
4)      B5 – Panthothenic Acid
5)      B6 – Pyridoxine
6)      B7 – Biotin
7)      B9 – Folic Acid
8)      B12 – Cyanocobalamin

Vitamin B-complex yang dibekalkan percuma dari Klinik Kerajaan hanya merangkumi 3 jenis kumpulan vitamin B iaitu B1 – Thiamin, B2 – Riboflavin & B3 – Niacin. Apabila si ibu mengambil vitamin B-complex dari KK & asid folic, mereka masih kurang B5 – Panthothenic Acid, B6 – Pyridoxin, B7 – Biotin & B12 – Cyanocobalamin. Bagi ibu hamil pengambilan vitamin B-Complex ini  sangat penting terutamanya kepada mereka yg menghidap Diabetes.

Ibu hamil cuma perlu makan sebiji je  sehari dan satu botol dapat bertahan sehingga 4 bulan. Jimat bukan?  Harga untuk satu botol hanyalah RM53.75. Maka sebiji b-complex baru berharga lebih kurang RM0.45 sebiji.

Teruskan pengambilan B Complex sehingga selepas bersalin iaitu ketika dalam pantang kerana B-Complex juga bertindak sebagai penenang/anti stress, jadi ibu selepas bersalin boleh mengelak dari terkena penyakit ‘meroyan’.  Selain itu, bagi ibu menyusukan anak dengan susu badan, si manja juga dapat menikmati khasiat vitamin ini dengan kadar berpatutan seterusnya meningkatkan seri wajah ibu selepas bersalin.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 754 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Sebab-sebab ibu hamil perlu Mengambil Acid Folik setiap hari

    1. Ramai org yg salah anggap yg vitamin blh mnyebabkn saiz baby besar. Hakikatnya, vitamin penting untuk mengisi sebarang kekurangan nutrisi yg diperlukan oleh seorang ibu hamil agar pertumbuhan baby dan kesihatan ibu lebih baik sepanjang tempoh kehamilan. Insha Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!