Sebab-sebab Tumit Kaki Pecah Dan Cara Mengatasinya

Walaupun masalah tumit kaki pecah atau retak nampak seperti masalah kecil, namun ia adalah masalah umum yang boleh terjadi pada semua orang. Bahkan jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan atau penjagaan, masalah ini boleh mengganggu kesihatan diri dan menyebabkan tapak kaki sakit ketika memijak.

Tumit kaki pecah memanglah tidak membahayakan kesihatan namun masalah ini sebenarnya adalah petanda kulit anda terlalu kering. Kekurangan air di dalam badan turut mengakibatkan kulit di bahagian kaki khususnya tumit dan tapak kaki menjadi kering.

Pada mulanya, kulit kelihatan berkilat dan bersisik. Jika tidak dirawat dan dijaga dengan betul, bahagian ini mengeras dan akhirnya merekah atau pecah. Inilah proses yang menyebabkan berlakunya tumit pecah.

Sebab-sebab Tumit Kaki Pecah Atau Merekah

sebab-sebab tumit kaki pecah

  • Kekurangan air menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya keras diikuti dengan rekahan.
  • Genetik atau baka antara faktor yang dikenal pasti sebagai salah satu punca tumit pecah. Jika keluarga anda mempunyai kulit yang kering, biasanya anda juga cenderung berdepan dengan masalah tersebut.
  • Pertambahan berat badan turut menyebabkan tumit pecah kerana kaki tidak dapat menampung bahagian atas badan yang melebar. >>> Cara Mengatasi Berat Badan Berlebihan.
  • Sepanjang tempoh hamil, wanita juga berdepan dengan masalah ini. Ia dikaitkan dengan pertambahan berat badan dan perubahan hormon.
  • Rekaan kasut yang tidak sesuai dan terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi yang terlalu lama juga menyebabkan tumit mendapat tekanan yang tinggi.
  • Tidak memakai stoking ketika bersukan menyebabkan kulit mudah tercedera.

Tips Pencegahan Masalah Tumit Kaki Pecah

  • Minum air secukupnya. Jika cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong agar tubuh anda tidak mengalami dehidrasi.
  • Kekalkan berat badan ideal.
    Urut kaki terutama di bahagian tumit sebelum tidur dengan menggunakan losyen, minyak atau krim khas. Ia bukan sahaja dapat melembap dan melembutkan kulit malah melancarkan perjalanan darah dan merehatkan bahagian ini selepas seharian kita bekerja keras. >>Krim Khas Untuk Tumit Kaki.
  • Pakai stoking jika mengenakan kasut sukan. Pilih rekaan kasut yang sesuai dan tidak ketat agar kaki selesa.

tumit kaki cantik

Dengan adanya panduan ini, Jida berharap semoga dapat memberi sedikit info kepada anda mengenai masalah tumit kaki pecah dan cara mengatasinya. Sehingga bertemu lagi dilain entri. Bye.

(Visited 102 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Sebab-sebab Tumit Kaki Pecah Dan Cara Mengatasinya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!