Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2018

Alhamdulillah, di pagi hari Jumaat ni kita dapat menyambut 1 Syawal bersama keluarga tercinta. Ada yang menyambutnya di kampung dan ada juga yang beraya di kota. Tidak kisah lah di mana anda berada Jida doakan semoga semuanya berada di dalam kegembiraan menyambut Hari Raya.

Seperti kebiasaan, sambutan kali ini Jida sekeluarga menyambutnya secara sederhana bersama ibu ayah dan adik-beradik yang lain. Keluarga kami keluarga besar, jadi bila adik beradik, anak-anak buah berkumpul sudah cukup memeriahkan suasana.

selamat hari raya 2018

Bagi yang tinggal diperantauan inilah masanya untuk mereka saling bertanya khabar, bertemu muka dan saling bermesra. Ye lah, jarang-jarang dapat balik, jadi peluang yang ada ketika bercuti panjang ni kenalah gunaa sebaiknya. Malah, menjadi tradisi kami sekeluarga untuk mengunjungi pakcik dan makcik pada hari raya pertama. Dari pagi sampai petanglah kiranya pergi berziarah. Dah raya kedua barulah ada dirumah.

Anak-anak memang excited bila pergi beraya ni. Almaklumlah dapat duit raya. Suka lah diaorang berdua tu. Kejap-kejap mula lah kira berapa duit yang ada. Haha, sabar je lah.

Ok lah, di kesempatan ini Jida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca blog Jida. Semoga Syawal kalian dipenuhi kegembiraan dan kenangan manis selalu. Insha Allah.

(Visited 22 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!