Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016

Alhamdulillah, akhirnya genap sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan dan hari ni kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Semoga segala ibadah dan amalan mulia yang telah kita lakukan pada Ramadhan yang lepas akan diterima oleh-Nya. InshaAllah..

salam aidilfitri ruzidah.com

Di kesempatan ini, Jida ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfiltri buat semua pengunjung di Ruzidah.com. Semoga anda sekeluarga ceria berhari raya dan gembira bersama ahli keluarga tersayang.

Kalau boleh, ambillah kesempatan di hari raya ini untuk menziarahi saudara mara terdekat agar ikatan kekeluargaan tetap berpanjangan selamanya. Bila tradisi menziarah dihidupkan, dapatlah kita peluang untuk bertanya khabar, beramah mesra dan bermaaf-maafan di hari raya. Almaklumlah, kebanyakan dari kita ni, biasanya sibuk bekerja dan mungkin setahun sekali baru dapat berjumpa saudara mara dan rakan taulan kan? Jadi, ketika inilah kita ambil masa untuk rapatkan ukhwah sesama kita.

Raya kali ini Jida sekeluarga pakai baju raya kaler kelabu (taste encik suami) di hari raya pertama. Sebenarnya dah beli pun kain kaler maroon (taste puan isteri) dulu. Tapi, dek kerana suami nak kaler kelabu raya kali ini, maka turutkan saja. Kelabu pun kelabu lah, janji ada baju raya.  Nanti-nanti Jida akan update suasana Hari Raya kami sekeluarga di kampung.

Sekarang ni, kami sekeluarga nak mula rutin menziarah saudara mara dulu. Korang pun apalagi. Jom lah kita…Selamat Beraya semua..

(Visited 110 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

2 thoughts on “Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!