Sendawakan Bayi Anda Supaya Kejadian Tidak Diingini dapat dielakkan

Assalamualaikum w.b.t

Sebaik sahaja anda selesai memberikan susu ibu atau susu formula kepada bayi, jangan biarkan dia terus tertidur. Lakukan sesuatu supaya dia sendawa terlebih dahulu selepas minum.

Kepentingan sendawa

Dengan menyendawakan bayi, masalah kembung perut dapat dielakkan. Ini kerana sewaktu bayi minum susu sejumlah kecil udara secara tidak langsung akan ikut masuk ke dalam badannya.

Jika bayi menangis semasa menyusu, maka lebih banyak udara akan masuk ke dalam badannya,. Seterusnya akan mewujudkan gelembung udara di dalam perutnya dan mengakibatkan rasa tidak selesa kepada bayi. Malah, ada bayi yang akan berhenti minum walaupun masih belum kenyang.

Selain itu, jika anda tidak sendawakan bayi selepas menyusu sebaliknya bayi terus dibaringkan, ia boleh mengakibatkan bayi memuntahkan susu  yang diminumnya. Keadaan ini jika dibiarkan akan mengakibatkan bayi mengalami kembung.

Sehubungan itu, selepas bayi habis melakukan penyusuan, segera sendawakannya. Memang benar ada bayi yang mudah disendawakan dan ada juga sebaliknya. Apapun ia memerlukan kesabaran anda untuk untuk ‘menghalau udara ‘ didalam perut bayi supaya dapat tidur dengan lena dan tidak meragam

5 Cara mudah sendawakan bayi anda

Di bahu

Gendung bayi anda posisi tegap menghadap ke belakang dengan dagu bayi di atas bahu anda. Usap perlahan bahagian belakang sehingga dia sendawa. Posisi ini anda boleh lakukan sambil berdiri atau duduk di kerusi. Untuk mengelak dia termuntah ketika sendawa alaskan bahu anda dengan sapu tangan.

bayi-dibahu

Meniarap di pangkuan

Telangkupkan (Tiarapkan) bayi anda dengan posisi melintang sehingga salah satu paha menekan perut. Pastikan bayi dalam kedudukan selesa. Tahan dagu bayi dengan satu tangan. Sementara tangan anda yang satu lagi mengusap-usap belakangnya dengan perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih tinggi daripada bahunya.

Pangku Menghadap ke Hadapan

Dudukkan bayi di pangkuan anda, tahan bahagian dadanya dengan lengan bawah anda. Biarkan bayi anda dalam kedudukan yang selesa. Biarkan tubuh bayi dalam kedudukan condong ke hadapan, gosok dan tepuk-tepuk punggungnya dengan jari jemari anda sehingga udara dalam badannya keluar.

bayi-diatas-riba

Dukung

Jika bayi anda masih belum sendawa walaupun telah menggunakan pelbagai cara diatas tadi, cuba lakukan kaedah lain. Apa kata kali ini anda mendukung bayi. Sambil mengajaknya berjalan-jalan di dalam rumah, gunakan sebelah tangan anda untuk menggosok bahagian belakang. Ia mungkin mengambil masa yang lama. Lakukan dengan sabar kerana biasanya ‘udara’ yang terperangkap ini mengambil masa yang agak lama untuk keluar.

Riba

Bayi diletakkan dalam posisi duduk di salah satu paha anda dengan membongkokkan badannya. Gosok perlahan-lahan bahagian belakangnya sehingga bayi sendawa. Hati-hati memegang bahagian dadanya kerana jika tersalah pegang boleh membuatkan susu yang diminumnya tadi keluar kembali. Cara ini dikatakan bayi mudah sendawa.

Cuba periksa cara anda sendawakan bayi, sama tak dengan panduan kali ini. Harap-harap info yang ada disini dapat membantu anda menguruskan bayi dengan lebih baik. InshaAllah.

Terima Kasih di atas kesudian anda membaca entri kali ini sehingga tamat. Semoga bermanfaat.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

 

(Visited 5,029 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Sendawakan Bayi Anda Supaya Kejadian Tidak Diingini dapat dielakkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!