Mantapkan Ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee di Shaklee Home Office

Di kesempatan cuti umum pada 16 September yang lepas, Jida telah join satu training yang dianjurkan oleh pihak Shaklee khas untuk para pengedarnya. Anak-nak terpaksa Jida letakkan di rumah pengasuh sebab yang adik, Dalili tengah kena campak. Macam tak elok pulak nak bawa ke sana. Kalau dia sihat nanti, pasti mama akan angkut semua sekali pergi sana.

Bertempat di Head Office Shaklee, di The Pinnacle dekat dengan pusat membeli belah Sunway Piramid, seawal jam 9.30 pagi Jida dah sampai kat sana. Punya lah bersemangat nak join class ni. Nasib baik ada Encik Hensem yang sudi menemani. Takdelah bosan sangat keseorangan disitu. 5 minit sebelum pukul 10, Jida pergi register kelas. Encik suami pula dah pergi cuci mata dekat-dekat Sunway Piramid. Katanya dah jadi orang bujang sekejap, bolehlah pergi lepak-lepak shopping. Ikut suka awaklah Mr Hensem. Janji bila dah habis class, awak pickup saya balik. Nangis saya lau nak kena balik Banting naik bas.

Dah melalut plak dah.. OK, back to the topic. After dah register, the nutricist yang register nama tu pun bagilah sebuah buku yang bertajuk seperti dibawah. Isi kandungan adalah mengenai produk yang Shaklee ada. Jadi, masa dia bagi penerangan nanti, boleh lah nak conteng-conteng apa-apa info tambahan dekat buku tu.

bengkel nutrisi shaklee
Buku Nota Cinta =)

Pakar Nutrisi pada hari itu namanya Nurul Hidayah atau lebih mesra di panggil dengan nama Nurul. Sesion pertama adalah sesi sharing secara sukarela. Dua orang peserta telah ke depan untuk berkongsi cerita mengenai bagaimana mereka boleh terjebak dan seterusnya ‘fall in love’ dengan Shaklee. Selepas sesi ‘Sharing’, Nurul terus start kelas dengan menerangkan mengenai keistimewaan Shaklee dan produk apa yang Shaklee ada. Bermula dari Phytocol ST hinggalah Vitalea untuk Kanak-Kanak semuanya akan diterangkan hari ini.

bengkel nutrisi shaklee2
Suasana Kelas Nutrisi

Sebaik sahaja habis sesi penerangan produk bahagian pertama, Nurul memberikan rehat selama sejam pada perserta untuk pergi makan tengahari dan solat. Semua peserta pada hari itu berpeluang untuk makan dekat sebuah restoren Nasi Arab yang berdekatan iaitu ‘Marhabaa Restaurant’. Ok lah juga makanan kat situ, kena pula dengan enviroment restaurant yang ekslusif. Lain kali bolehlah bawak family datang makan kat sini sekali. Selesai makan , kami pergi solat dan seterusnya masuk kelas lagi untuk sesi penerangan produk Sesi ke dua.

bengkel nutrisi shaklee-marhabaa-restoren
Tempat Menjamu Selera

Untuk aktiviti selingan, Nurul juga ada tunjukkan tayangan video yang menarik seperti ‘bagaimana pesakit jantung menjalani pembedahan pintasan’ dan juga video ‘pembedahan memasukkan besi di bahagian sendi manusia’. Walaupun seram sejuk juga melihatnya. Tapi inilah fakta yang seharusnya kita ambil tahu. Malah mengikut statistik, 1 daripada 5 orang berisiko untuk menghidap sakit jantung. Sekiranya, daripada awal kita tidak ambil kisah mengenainya, mungkin pada masa itu semuanya sudah terlambat.

Selepas sahaja selesai sesi penerangan produk, kami dibahagikan kepada empat kumpulan mengikut undian. Setiap kumpulan perlu menyiapkan satu poster dalam masa 20 minit dan seterusnya membentangkan apa yang telah ditulis di atas kertas kepada peserta kumpulan lain. Hari tu Jida join group yang kena cerita pasal ‘DTX complex’. Nasib baik daripada sesi penerangan sebelum ni dah catat siap-siap dalam buku. Jadi, transfer je la apa yang dah di tulis dalam buku, jadikan sebagai poster. 3 team yang lain pula membentangkan produk seperti ESP, Collagen Powder dan Vivix. Aktiviti yang dijalankan memang bagus sebab boleh membantu menambahkan keyakinan diri apabila bercakap di khalayak ramai. Pembentangan yang terbaik dinilai dari segi kerjasama dan cara persembahan. Pasukan yang terpilih sebagai pemenang membawa pulang sebotol suplemen setiap seorang. Best kan? Malah, sebenarnya semasa sesi kuiz dan sharing tu pun masing-masing dapat hadiah daripada Shaklee. Alhamdulilah, walaupun kena bayar harga tiket sebanyak RM40, tetapi rasanya apa yang kami dapat satu hari di kelas lebih daripada berbaloi.

Akhirnya..Saya lah SIDPro
Akhirnya..Saya lah SIDPro

Pada sesiapa yang berminat untuk join ahli Shaklee, samaada untuk makan sendiri atau mencari pendapatan tambahan, saya membuka peluang seluas-luasnya kepada anda untuk menghubungi saya. Insya Allah, bimbingan dan tunjuk ajar akan diberikan daripada masa ke masa sekiranya anda berada di dalam pasukan saya.

SIGNATURE RUZIDAH COM-SMALL

(Visited 105 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

2 thoughts on “Mantapkan Ilmu di Bengkel Nutrisi Shaklee di Shaklee Home Office

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!