Set Berpantang Shaklee yang Asas, Terbaik untuk Ibu Yang Baru Melahirkan

.Assalamualaikum w.b.t

Setelah cukup tempohnya, maka akan lahirlah putera ataupun puteri permata hati dan bermulalah juga episod berpantang bagi si ibu. Sebaiknya sebelum melalui tempoh yang tersebut, si ibu sudah mempersiapkan diri dengan pengetahuan dan kelengkapan yang diperlukan sepanjang tempoh berpantang supaya nanti tidak lah terburu-buru dalam memastikan kesihatan diri dan bayi. Antara perkara-perkara yang diperlukan semasa berpantang adalah set vitamin selepas bersalin.

Seperti yang kita sedia maklum, selepas melahirkan anak tubuh kita banyak kehilangan darah dan mungkin mengalami luka-luka dalaman atau luaran.

Set berpantang Shaklee

Set Selepas Bersalin Shaklee adalah lengkap untuk kegunaan ibu berpantang 44 hari.  Malah anda juga tidak perlu risau kerana set ini sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu. Walaupun amalan berpantang ini agak leceh, tapi kesan dan hasilnya adalah berpanjangan. Sekiranya penjagaan diri semasa dalam pantang bersalin diabaikan, kesannya mungkin tidak berlaku serta merta. Namun, apabila melaui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, barulah terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan.

Set Bersalin Shaklee yang asas terdiri daripada 4 item

1) VITALEA IRON FORMULA

vitalea shaklee, ruzidah.com

Memandangkan ibu-ibu kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan maka ibu-ibu perlulah memastikan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat agar dapat menggantikan semula darah yang keluar semasa proses melahirkan. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu kelihatan pucat, lesu dan tak bermaya. Bagi ibu yang mempunyai niat menyusukan anak perlulah memastikan pengambilan  zat besi dititikberatkan agar pertumbuhan dan pembesaran anak adalah sangat baik.

2) B-COMPLEX

b complex shaklee, ruzidah.com

Ia juga perlu dalam penghasilan sel darah merah disamping ia membantu menstabilkan hormone badan manusia. Kekurangan B-Complex boleh menyebabkan ibu yang di dalam pantang mengalami gangguan emosi atau lebih dikenali sebagai meroyan. B-complex sangat penting membantu kita menjadi bertenaga dan emosi turut lebih seimbang.

3) Sustained Released VITAMIN C 500MG

vitamin C shaklee, ruzidah.com

Vitamin C Shaklee adalah berkonsep pelepasan masa. Ia akan melepaskan Vitamin C secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan . Memandangkan Vitamin C adalah vitamin larut air maka konsep pelepasan masa ini sangat bagus demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin dalam meningkatkan antibody secara berterusan. Vitamin C sangat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.

4) ZINC COMPLEX

zinc complex shaklee

Ianya adalah antara galian yang sangat penting dalam membantu proses pemulihan. Zinc membantu mempercepatkan proses baik luka dalam badan kita. Ikan haruan antara makanan yang kaya dengan zink. Pengambilan zink bagi ibu yang menyusu turut memberi kesan pada bayi di mana ia membantu anak yang disusukan membesar dengan baik dan mengikut graf pembesaran bayi.

Berminat untuk mendapatkan SET BERSALIN Shaklee ? Hubungi Nombor yang tertera di bawah :-

Ruzidah Abdullah (013 6691930)

email : ruzidah@gmail.com

KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA

COD sekitar Banting & Dengkil

POS ke seluruh Malaysia.

KLIK LIKE Di Fanpage Saya Kedai Vitamin Banting untuk INFO PERCUMA

Untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE dengan HARGA AHLI –> KLIK SINI

(Visited 249 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!