Set Detoks Shaklee Bantu Singkirkan Toksin

Walaupun kita rasa badan kita sihat, tapi sebenarnya ada benda tersembunyi, dan senyap dalam badan kita.

Apa benda tu?

Itulah namanya TOKSIN. Dan toksin ni pulak berpunca dari macam-macam. Bukan je dari apa yang kita makan, boleh jadi juga daripada apa yang kita sentuh, hidu, sapu ke kulit dan juga apa yang kita guna.

Artikel Berkaitan : 13 Cara Untuk Nyahkan Parasit Dari Badan.

Oleh sebab itu, walaupun kita rasa sihat, takde penyakit apa-apa kita wajib buat detox.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksin racun dari tubuh manusia.
Detox penting bagi memastikan kadar penyerapan vitamin dan nutrien adalah 100% bekesan.

Antara kebaikan detox ialah
1. memperbaiki sistem imun.
2. perlindungan dari radikal bebas.
3. Memperbaiki sistem perkumuhan.
4. Memperbaiki aliran darah.
5. Memperbaiki sistem pencernaan.
6. Mengurangkan tahap kolestrol.
7. Mengawal selera makan dan menurunkan berat badan.
8. Mencantikkan kulit dan rambut.
9. Membantu melambatkan proses penuaan.

Perlukah detox?

Ok, pertama sekali cuba anda check adakah badan anda mempunyai simptom seperti di bawah ini?

  •  perut buncit
  • susah turun berat badan
  • sembelit
  • nafas berbau
  • ketagih pada makanan manis
  • masalah kulit, kuku rapuh & rambut mudah gugur
  • selaludemam
  • sukar tidur malam

Jika simptom ini ada, maka jawapan Jida ialah YA, anda perlu melakukan detox.

Masa untuk detox

Apakah tips-tips terbaik semasa detox?
1. Banyak minum air kosong
2. Banyakkan makan sayur dan buah
3. Kurangkan pemakanan berlemak, manis dan berperisa tinggi
4. Banyakkan rehat
5. Amalkan supplemen untuk menyokong proses detoksifikasi badan seperti Set Detox Shaklee.

Set detoks shaklee

1. Vivix

Untuk detox darah. Vivix memperbaiki penghadaman, membantu pemberbaharui dan memberi tenaga kepada sel

2. Herblax

Herblax berfungsi untuk detox usus dan mencuci usus besar. Di samping itu, Herblax merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

3. Peppermint Ginger Plus

Peppermint berfungsi untuk membantu penghadaman, mencuci usus dan perut, bagus untuk sistem pernafasan (paru-paru, salur pernafasan), mencuci paru-paru, melegakan perut yang sebu atau berangin, membantu tubuh menyerap nutrien, buang angin.

4. DTX Complex

DTX Complex adalah untuk detox hati, buah pinggang dan penghadaman. Bertindak sebagai detoksifikasi. Metabolisme protin dan penapaian bakteria makanan dalam usus menghasilkan ammonia yang didetoksifikasikan oleh hati. Hati mengawal metabolisme protin. Untuk detoksifikasikan ammonia, hati juga menggabungkan bahan-bahan toksik termasuk sisa metabolik, sisa racun serangga, dadah, alkohol, dan bahan kimia dengan bahan-bahan lain yang kurang toksik.

Bahan-bahan ini kemudiannya dikumuhkan dari buah pinggang. Oleh itu, dalam usaha mempunyai fungsi hati yang betul, anda juga mesti mempunyai fungsi buah pinggang yang betul.

5. Alfalfa Complex

Alfalfa pula berfungsi untuk detox seluruh badan. Mencuci hati, darah dan usus – Mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon darah dan mencantikkan kulit dan otot.

Testimoni Set Detoks Shaklee

Testimoni Set Detoks

Jadi, anda dah bersedia untuk mulakan program detoks bersama saya? Hubungi Jida sekarang di talian berikut.

Pengedar Vitamin Anda
Ruzidah Abdullah (SID : 933174)

013-6691930

(Visited 114 times, 5 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

3 thoughts on “Set Detoks Shaklee Bantu Singkirkan Toksin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!