Set Jerawat Untuk Pelajar Yang Basic dan Bagus

Baru-baru ni Jida perasan, ramai juga yang mencari Set Jerawat Untuk Pelajar. Ada yang risau sebab jerawat dah tumbuh mencanak-canak. Ada yang malu sebab kawan-kawan semua pakat tegur jerawat yang banyak di muka. Masing-masing ada cerita sendiri bila berhadapan dengan masalah jerawat ni. Walau apa pun Jida sangat yakin, sedikit sebanyak, masalah jerawat juga boleh menurunkan keyakinan diri bila ia muncul dan menjejaskan penampilan.

Kenali punca-punca berlakunya jerawat

Sebelum Jida perkenalkan produk yang sesuai untuk mengatasi masalah jerawat dikalangan pelajar dan remaja. Ada baiknya kalau Jida kongsi dulu apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya jerawat pada golongan ini.

set jerawat remaja pelajar

Punca Berlakunya Jerawat

1- Ketidak seimbangan hormon 

Di usia awal peringkat baligh, remaja mula mengalami perubahan pada bentuk fizikal yang berubah menjadi semakin dewasa. Sebum kulit juga turut terbentuk dengan banyak semasa peringkat ini.

2- Masalah Nutrisi 

Pengambilan gula yang tinggi dan karbohidrat bertapis, serta kekurangan vitamin A dan Zinc menjadikan masalah ketidakseimbangan hormon kian menjadi.

Minuman berkafein, makanan berminyak dan lain-lain makanan tidak berkhasiat tidak elok diamalkan selalu.

3. Tekanan (Stress)

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari.

Tau sangat kalau jadi student ni camne gayanya. Akak ni pernah jadi student dik ooiii…Tidur tak cukup sebab study last minute, layan citer korean non stop, lepak kedai mamak berjam-jam. I’olls is rindu zaman belajar.

4. Toksin dalam Badan

Sisa toksin yang terkumpul dalam badan kita boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain.

5. Allergic atau alahan

Alergic atau alahan produk kosmetik dan bahan kimia tertentu boleh menyebabkan terjadinya jerawat.

6. Persekitaran & Pencemaran

Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar,kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflammasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.

7. Jangkitan pada kulit & Resdung

Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit kita dan menyebabkan jerawat. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar tidak memicit jerawat kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan jerawat di permukaan yang lebih luas.

8. Faktor Cuaca

Cuaca yang panas dan tidak menentu seperti Malaysia ini juga boleh menjadi punca muka berjerawat.

Cara Mengatasi Masalah Jerawat

Oleh itu, dalam mengelakkan dan merawat masalah jerawat, seorang remaja (atau sesiapa saja yang mengalaminya) harus:-

  •  Mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat bertapis
  • Meningkatkan pengambilan serat.
  • Jagalah kebersihan kulit adik-adik juga! Cuci muka 2-3 kali sehari.
  • Tidur perlu cukup. Elakkan berjaga malam kerana kita perlu dapatkan 6-8 jam sekurang-kurangnya.
  • Manage stress dengan  beriadah dan pengambilan vitamin seperti B complex.

Selain daripada menjaga pemakanan, kebersihan persekitaran dan elakkan tekanan, anda juga boleh mencuba cara rawatan dalaman dan luaran iaitu dengan mengamalkan suplemen yang semulajadi daripada Shaklee.

set jerawat remaja pelajar

Set Jerawat Khas Untuk Pelajar dan Remaja  terdiri daripada Vitamin C dan Gla Complex.

Kelebihan-kelebihannya ialah:-

Vitamin C bertindak sebagai antioksidan & menghasilkan sintesis kologen. Ia menghalang kotoran luaran seperti pencemaran & toksin yang menyebabkan jerawat.

Gla Complex – Selain berfungsi untuk menstabilkan hormon, ia juga membantu mengurangkan jerawat dengan mencairkan sebum yang berminyak dan mengurangkan rongga kulit yang tersumbat.

Di bawah ini merupakan testimoni daripada pengguna Shaklee yang telah menggunakan beberapa produk Shaklee bagi mengatasi masalah jerawat beliau. Cepat-cepat tekan butang ‘Play’ di bawah. Rugi tak tengok..

Alhamdulillah, daripada seorang yang berjerawat penuh di muka, kini kulit beliau semakin cantik dan cerah berseri.

testimoni jerawat hilang tr4

Jadi, sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee, jangan ragu-ragu untuk menghubungi Jida. Konsultasi eksklusif akan diberikan khas untuk pelanggan Jida sahaja.

shaklee banting dengkil

Sebarang pertanyaan atau order bolehlah dibuat dengan menghubungi nombor Jida dibawah ini.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

klik wasap shaklee

>>Terus ke Whatsapp 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Untuk mendapatkan PRODUK SHAKLEE dengan HARGA AHLI –> KLIK SINI

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

(Visited 19 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!