Pada 28hb May 2016 yang lepas, Jida dan suami telah berpeluang menghadiri satu acara tahunan anjuran Shaklee iaitu Shaklee National Conference 2016. Oleh kerana jarak dari rumah ke Sunway Piramid Convention Centre adalah lebih kurang satu jam. Maka sebelum pukul 8 pagi lagi kami sudah bertolak menuju ke destinasi.
Dek kerana pertama kali ke lokasi tersebut, agak ‘blur’ jugalah nak menuju ke mana apabila tiba di Sunway Piramid. Nasib baiklah ada staf Help Desk yang menunjuk arah. Sampailah juga kami ke aras CP3 di mana berlangsung majlis. Nasib baik majlisnya belum bermula dan sesi pendaftaran juga sedang berjalan
Cepat-cepat Jida cari upline Jida iaitu Lin yang telah tolong belikan tiket National Conference awal-awal. Cari punya cari rupanya ada di pintu masuk sedang menunggu kedatangan kami.

Sebaik sahaja dapatkan tiket terus sahaja Jida pergi beratur untuk registration. Di situ, petugas Shaklee akan menyerahkan goodies bag yang bernilai lebih daripada RM50 kepada sesiapa yang datang ke majlis tersebut. Wah! memang untung sangat rasa. Harga tiket tak sampaiĀ pun RM50 tapi dapat free gift lebih daripada itu.

Semasa Jida berada di dalam dewan untuk mendengar sesi sharing, encik suami dan anak-anak Jida 2 orang berada di Child Care. Seronoklah mereka berdua kerana macam-macam boleh main dalam tu. Antara aktiviti yang disediakan adalah seperti tempat melompat, mewarna, persembahan badut dan menonton TV. Malah, makanan ringan seperti popcorn dan minuman Meal Shakes turut disediakan di tempat Child Care. Wah, sungguh prihatin sekali Shaklee dalam menjaga keselesaan keluarga para pengedarnya. I like…Hehe..

Antara yang boleh Jida kongsikan pada anda semua apa yang berlaku di dalam dewan adalah seperti berikut. Biar gambar yang berbicara ye. =)
Artikel Berkaitan : Shaklee National Conference 2014/2015 Yang Gilang Gemilang.





Manakala di luar dewan pula, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang turut disediakan di luar dewan. Antaranya seperti demonstrasi produk, permainan kuiz interaktif dan juga jualan produk promosi.

Wah, aktiviti satu hari yang penuh dan padat dengan pengisian. Malah, majlisnya pun sangat meriah. Anugerah yang diberikan adalah merupakan salah satu pengiktirafan atas segala penat lelah yang telah diusahakan sepanjang cycle bisnes yang lepas.
Apabila datang ke majlis anugerah sebegini, semangat Jida untuk menjadi lebih baik dalam bisnes Shaklee semakin bertambah kuat. Melihat kejayaan leader-leader lain di saat mereka menggenggam trofi masing-masing menambahkan aura-aura positif pada diri sendiri untuk turut berjaya.
Doakanlah perjalanan Jida dipermudahkan dan berjaya mencapai target yang diimpikan tahun ini. Insha Allah. AMIN.
Dengan adanya Conference seperti ini.. Secara tak langsung kejayaan leader-leader akan dapat menaikkan semangat ahli-ahli yang lain…
Anuar recently posted…Reaksi Wajah Penumpang Bila Driver Uber yang mereka hubungi memandu Kereta Bugatti!