Skip Sarapan Pagi Cenderung Gemuk?

Sejak dari kecil hinggalah sekarang, Jida suka mengambil sarapan pagi. Kalau tak ambil breakfast, rasa tak lengkap pulak nak memulakan hari. Cewahh..macam iklan pulak?.

Kalau dulu, sarapan Jida agak berat seperti nasi atau mee goreng. Kini, Jida lebih mengambil berat mengenai pemakanan yang Jida perlu ambil. Targetnya , nak ubah ke arah kehidupan yang lebih sihat sedikit demi sedikit. Insha Allah.

Sarapan pagi sihat

Ok, berbalik kepada topik tadi. Kenapa mengambil sarapan pagi penting??

Sarapan memang sangat penting sebab bukan saja bagi kita tenaga untuk mulakan aktiviti harian kita, tapi sarapan juga menentukan tabiat pemakanan kita sepanjang hari.

Pakar nutrisi menasihatkan yang :-

? Sarapan perlu diambil dalam masa 2 jam lepas kita bangun tidur.

? Sarapan yang sihat perlu membekalkan kalori dalam lingkungan 20% – 35% dari jumlah kalori keseluruhan yang perlu kita ambil setiap hari.

Kajian menunjukkan mereka yang konsisten mengambil sarapan pagi akan kurang cenderung untuk mengalami masalah berat badan berlebihan dan lebih cenderung untuk berada dalam julat berat badan ideal berbanding mereka yang selalu skip sarapan pagi.

Lagipun bila anda mengambil sarapan dapat mengelakkan anda daripada terlalu lapar dan melantak secukupnya bila tiba waktu lunch.

Betul ke betul?

Namun begitu, berpada-padalah juga dalam memilih hidangan sarapan pagi. Sesekali bolehlah kalau nak ambik nasi lemak, roti canai dan air teh tarik. Janganlah selalu. Tak pasal-pasal nanti dapat kencing manis dan darah tinggi. Nauzu billah.

Jom mulakan sarapan pagi yang sihat dan berkhasiat bermula hari ini. Dapat ESP satu mug pun dah kenyang sampai tengahari tau korang.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

RUZIDAH ABDULLAH

0136691930

“KONSULTASI BERTERUSAN & PERCUMA UNTUK PELANGGAN SAYA”

COD sekitar Banting & Dengkil

KLIK LIKE Di Fanpage Saya Ruzidah’s Notes – Catatan Seorang Ibu untuk INFO PERCUMA

(Visited 159 times, 6 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Skip Sarapan Pagi Cenderung Gemuk?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!