Stress Dan Kesannya Pada Kesihatan Kulit

Hidup dalam keadaan stress bukan sahaja mengganggu emosi, malahan juga turut memberi impak pada kesihatan kulit. Alhamdulillah, sejak tidak lagi kerja makan gaji, Jida akui gaya hidup sudah makin kurang stress. Bukan kata sebab dapat goyang-goyang kaki je kat rumah. Tapi mungkin sebab Jida dapat buat apa yang Jida suka, maka kuranglah tekanan tu hadir dalam hidup Jida ni.

Kesan Stress pada seseorang individu

stress dan kulit

Antara kesan stress pada kehidupan seseorang individu itu ialah apabila gaya hidupnya mula berubah ke arah yang kurang sihat. Sebagai seorang manusia normal, badan memerlukan rehat yang secukupnya setelah seharian penat bekerja.

Tapi, bagi orang yang mengalami beban kerja yang berlebihan mungkin akan mengalami gangguan tidur dan rehat yang sepatutnya. Padahal, waktu tidur yang mencukupi adalah penting untuk membantu regenerasi sel-sel kulit. Jadi, macam mana tu? Malahan, ada juga yang mengalami masalah kantung mata berubah menjadi kehitam-hitaman bila masa tidur tidak mencukupi.

Haa..itu baru cerita bila anda stress dan waktu tidur terganggu. Bagaimana pula dengan aktiviti seharian. Contohnya apabila stress, kita akan melakukan tabiat-tabiat buruk seperti mengidam makanan yang tinggi kandungan lemak dan gula. Contohnya seperti coklat dan kek. Kita seolah-olah melepaskan perasaan pada makanan dan akibatnya adalah tubuh badan kita yang menderita. Pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan tidak sihat.

Individu yang susah nak kawal stress ni juga menjadi lebih cepat marah. Tak pasal-pasal dengan sesiapa je rasa nak marah je. Ini kerana perubahan hormon dalam badan kita menyebabkan emosi kita menjadi bercelaru. Bak kata orang dulu-dulu, jangan mudah marah, nanti cepat tua. Ye lah, kalau muka masam je, mestilah cepat berkedut dan kelihatan seperti lebih berusia.

Kawal Stress Sebelum Parah

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi stress adalah seperti berikut:-

Langkah 1 – Fahami Punca Stress

  • Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi kepada anda.
  • Cari masalah dalam diri satu persatu.
  • Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan sehingga
    menyebabkan ketegangan.

Langkah 2 – Letakkan Keutamaan

  • Senaraikan keutamaan untuk dilakukan
  • Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
  • Bertindak mengikut keutamaan untuk mengelakkan kita tidak
    membuang masa dan melakukan sesuatu yang merugikan.

Langkah 3 – Selesaikan Masalah Satu Persatu.

  • Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar.
  • Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai.
  • Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia
    boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah.

Langkah 4 – Menangis

  • Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu
    masalah.
  • Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan
    tekanan minda dan jiwa.
  • Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan
    berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan
    menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

Langkah 5 – Ketawa

  • Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka.
  • Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan
    denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat
    diaktifkan.
  • Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan
    dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Langkah 6 – Bersenam Atau Beriadah

  • Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga lapang setelah berpeluh.
  • Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan.
  • Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa
    penyakit di dalam badan.

Langkah 7 – Menyanyi, Menari Dan Menjerit.

  • Anda boleh melepaskan stress dengan menyanyi dalam bilik air tanpa mementingkan sangat senikata lagu tersebut sambil menitiskan airmata.
  • Pasang lagu yang rancak dan sesuai untuk menari sepuas hati
    sehingga berpeluh.
  • Menjerit. Cari tempat yang sunyi dan jeritlah sekuat tenaga. Anda juga boleh mendapatkan tempat yang bising seperti di tapak pembinaan ataupun di dalam kebisingan waktu hujan dan di mana-mana mengikut kreativiti anda.

Langkah 8 – Curahkan Perasaan Dalam Diari.

  • Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan
    sebagainya, tulislah segala-galanya di dalam diari.
  • Tidak perlu mencatatkan secara detail perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda.
  • Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catitan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Langkah 9 – Luahkan Pada Sahabat Karib.

  • Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak
    pada sahabat karib anda.
  • Luahkan kepada sahabat anda itu perasaan anda kerana ia dapat
    mengurangkan bebanan stress.
  • Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan
    pandangan sahabat anda itu.

Langkah 10 – Meditasi Atau Bertafakur.

  • Melakukan penilaian semula terhadap pertuturan, perbuatan dan tingkahlaku yang telah dilakukan.
  • Secara bertafakur dan bertenang anda boleh membuat pertimbangan, di mana yang patut diperbaiki dan punca timbulnya
    masalah sehingga anda dapat ketegangan.
  • Pejamkan mata rapat-rapat dan lihatlah ke dalam diri, siapakah anda sebenarnya dan apa yang anda ingini.

Langkah 11 – Tahu Had Kemampuan.

  • Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu
    memaksa diri.
  • Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak
    lagi mampu ditanggung.
  • Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau
    mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Langkah 12 – Berusaha Dan Berserah.

  • Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis
    baik.
  • Banyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan
    perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan
    sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya.
  • Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan
    jalan keluar bagi setiap masalah.

Langkah 13 – Bersantai

  • Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit
    ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di
    mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri
    dan minda.
  • Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan
    memberikan keseronokan
  • Rehatkan diri sebentar sebelum memulakan tugasan baru.

Langkah 14 – Ambil Mudah.

  • Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang
    mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran.
  • Jika boleh dan sesuai, bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya.
  • Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Langkah 15 – Mengadu Kepada Kaunselor.

  • Sekiranya anda tidak mampu menyelesaikan masalah anda,
    dapatkan kaunselor yang boleh membantu.
  • Kaunselor dapat membantu proses penyelesaian masalah dan
    tindakan yang perlu diambil.
  • Kaunselor dapat memberitahu apa yang mungkin anda tidak sedar
    mengenai diri sendiri.

Langkah 16 – Berurut.

  • Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan.
  • Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan.
  • Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan
    ketegangan akibat bebanan stress.

Langkah 17 – Refleksologi Atau Akupuntur.

  • Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti.
  • Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu
    menghilangkan tekanan yang ditanggung.
  • Cara ini sesuai untuk mengatasi masalah stress.

Langkah 18 – Hipnosis

  • Anda berhadapan dengan pakar yang membawa anda memasuki
    satu suasana yang indah.
  • Anda kemudian disuruh membayangkan masalah yang dihadapi, airmata keluar tanpa disedari dan seterusnya anda disuruh melontarkan masalah tersebut jauh-jauh. Apabila tersedar anda berasa segar dan ringan tanpa masalah.
  • Teknik ini sebenarnya bermain dengan fikiran bawah sedar dengan
    membersihkan masalah yang menganggu tanpa disedari.

Langkah 19 – Terima Keadaan Seadanya.

  • Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut
    kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi
    kenyataan.
  • Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu
    yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika
    tidak memperolehinya.
  • Terima keadaan seadanya dan berbahagia dan menghargai apa
    yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain
    dapat.

Langkah 20 – Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat.

  • Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana.
  • Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah mendatang.
  • Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang
    dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

Sempena kedatangan tahun baru, cubalah kawal diri kita dari perasaan tertekan dan tidak gembira. Cubalah jalani kehidupan yang lebih indah dan manis bersama orang yang anda sayangi. Inshaallah, dengan minda dan hati yang tenang, kesihatan anda juga akan menjadi lebih baik.

(Visited 51 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!