Syoknya Balik Kampung, Coretan Seorang Perantau

Sana-sini dah ramai yang update status balik kampung. Wah-wah,dah ramai rupanya yang sudah tiba di kampung dengan selamat. Alhamdulillah.

Jida sendiri, Insha Allah Isnin malam baru bertolak balik. Doakan perjalanan kami dipermudahkan dan lancar ya? Amin…

selamat balik kampung

Pada adik-beradikku yang dah berada di kampung tu, sabar la ye menunggu. Almaklumlah, nak balik kampung ni bukannya dekat. Nun jauh di Kelantan sana. Lagi-lagi di musim perayaan ni. Haruslah makan masa lebih daripada sembilan jam. Paling lama pernah sampai dalam masa 14 atau 15 jam. Tak ingat tahun bila. Tapi penatnya, ya ampun..

Seminggu sebelum nak bertolak balik, Jida dah bungkus siap-siap kain baju kami satu keluarga. Berbeg-beg jugalah. Kerepek raya pun  dah siap-siap dibahagi dua. Satu ke rumah mak sendiri, satu ke rumah mak mertua. Tapi dalam banyak-banyak beg, ada satu beg yang paling tak boleh tinggal. Beg baju raya. Wajib bawak balik. Tertinggal yang tu mau nangis tak berlagu la Jida. Huhu…

Alhamdulillah, kereta pun dah servis minggu lepas. Nak jalan jauh ni, haruslah servis kereta dulu. Tak boleh main redah je. Beringat sebelum kena. Tapi kalau dah beringat pun terkena jugak nak buat macam mana. Tapi, at least kita dah berusaha supaya tidak berlaku apa-apa sepanjang perjalanan. Insha Allah.

Ok lah, pada semua perantau yang mahu pulang beraya sakan, Selamat Balik Kampung Jida ucapkan. Semoga perjalanan anda semua lancar dan dipermudahkan. Insha Allah.

Sambil-sambil memandu tu, ingatlah orang tersayang yang sedang menanti kepulangan anda di kampung. Tak payahlah nak ‘lorat’ sangat. Asyik nak potong orang je kejenya.  Memandulah dengan berhemah.

Itu sahaja luahan pada kali ini. Nak layan lagu raya lah pulak. Bye!

(Visited 179 times, 12 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

One thought on “Syoknya Balik Kampung, Coretan Seorang Perantau

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!