Tahun Baru Dan Azam Baru

Selamat Datang Tahun 2017! Selamat Tahun Baru juga Jida ucapkan pada pelawat di blog Jida ini.

Selamat Tahun Baru

Semakin bertambah tahun, semakin bertambah juga bilangan usia kita dan seiring dengan itu, apakah pencapaian yang kita sudah berjaya miliki pada tahun lepas?

Adakah azam tahun baru itu perlu?

Sesiapa yang berazam nak kurus tahun lepas, dah berapa kilo anda berjaya turun kali ini? Yang mana berazam nak simpan duit not hijau dalam tabung pula, berapa keping berjaya anda selamatkan? Hehe, apa-apapun azam yang anda letak diawal tahun, kejayaannya bergantung pada usaha dan tekad anda sendiri.

Ada sesetengah orang, semangatnya di awal-awal tahun sangat berkobar-kobar. Dah sampai tengah-tengah tahun, alahai azam dah ke mana, tuannya dah ke mana. Itu yang tak best. Nak berazam capai apa-apa tu boleh tapi pastikan anda ada beberapa ciri seperti di bawah.

1. Sabar
2. Berdisiplin
3. Buat perancangan yang teliti
4. Bersedia untuk gagal
5. Bermotivasi Tinggi
6. Berfikiran positif
7. Berkeinginan.

Secara peribadi, Jida tidak meletakkan hari pertama Tahun baru sebagai starting point untuk Jida set target baru sebab Jida revise pencapaian diri secara bulanan. Namun begitu ada jugalah sesetengah perkara yang jadi target secara tahunan seperti contoh nak bawa famili bercuti guna duit sendiri. Haha..terbocor pula satu azam..

Pada Jida, sebarang target atau azam yang kita mahu lakukan sepanjang tahun, seeloknya dicatatkan dalam satu buku atau rekod khas supaya senang untuk keep track pencapaian kita sepanjang tempoh tersebut. Beli je buku nota apa-apa dan start tulis sekarang.

Bestnya kalau hujung tahun ni kita dapat capai segala impian dan azam yang kita idamkan. Jida doakan semoga pada sesiapa yang membuat azam tahun baru akan berjaya menjadikan azam anda itu kenyataan. Good luck!

 

(Visited 300 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!