Tak Cukup Tidur Waktu Berpantang, Itu Normal

Ada kawan bagitau, beliau tak cukup tidur waktu berpantang. Waktu tidurnya dah jadi tunggang terbalik dan kadang-kadang sekadar lelap-lelap macam tu je.

Lagi-lagi anaknya dilahirkan tidak cukup bulan, berat bawah 2 kg. Lagilah kena tahan di wad hospital dulu untuk pemantauan. Nak tak nak si ibu pun kenalah check in hospital sama-sama anak. Lama jugalah dok sana. Tak ingat pula berapa minggu.

Tapi yang pasti, sekarang anaknya dah pandai merangkak dah. Dah berisi dan aktif ke sana sini. Mak nya pun dah tak payah jadi burung hantu dah sebab waktu tidur anak dah sama dengan anak.

Tak Cukup Tidur Waktu Berpantang, Itu Normal!

Begitulah adat apabila ada bayi baru lahir. Si ibu mesti mengorbankan waktu tidur. Itu tanggungjawab seorang ibu demi si kecil yang baru mengenal dunia.

mama jaga bayi

Kenapa waktu tidur bayi tak menentu?

Jika anda perhatikan pada bayi yang baru lahir, bayi selalunya tidur dengan kelopak matanya selalu bergerak-gerak. Keadaan tersebut sebenarnya berkait rapat dengan keperluan dan perkembangan dalam otaknya.

Gaya tidur bayi peringkat awal ini tidak sama dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini, bayi sebenarnya tidak tidur nyenyak. Kerana itu dia mudah terkejut dan terjaga apabila ada gangguan di sekelilingnya seperti bunyi bising.

Keadaan ini adalah salah satu proses perkembangan bayi dan ia tidak kekal lama, akan hilang apabila bayi semakin membesar.

Jika pada peringkat awal, bayi banyak berjaga pada waktu malam, namum apabila usianya memasuki 6 – 8 minggu ke atas, corak tidur bayi selalunya mula berubah. Ketika ini, bayi mula banyak terjaga di siang hari dan lebih banyak tidur pada waktu malam melainkan bangun untuk menyusu apabila terasa lapar. Kali ini, bayi mula tidur nyenyak dan tidak begitu mudah terganggu seperti pada minggu terawal sebelum ini.

Apa kesannya pada ibu yang berjaga malam?

Tidak dinafikan, ibu yang berpantang memerlukan rehat yang banyak sepanjang tempoh berpantang bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Namun begitu, apabila ibu banyak berjaga dan tidak cukup tidur kerana menjaga bayi yang sekejap-sekejap terjaga, akan ada beberapa kesan buruk yang mungkin terjadi pada ibu.

Antaranya seperti :-

  • Mudah marah
  • Lesu, letih dan muka pucat
  • Luka lambat sembuh
  • Rasa pening nak pitam
  • Sakit Badan

Sekiranya ini terjadi pada anda yang tengah berpantang, sebaiknya anda cuba ikut panduan ini.

1 – Minta bantuan suami atau ibu untuk menjaga bayi sekejap.

Sekiranya anda merasakan anda sudah mengalami simptom di atas, itu bermakna tubuh anda mungkin tidak cukup rehat. Minta bantuan suami atau ibu untuk menjaga anak anda sementara anda tidur.

2- Sesuaikan waktu tidur anda dengan waktu tidur bayi.

Walaupun anda dah biasa tidur 6-8 jam di waktu malam sebelum ini, cuba tukar masa tidur anda mengikut waktu tidur bayi. Bila bayi lena, anda pun cubalah tidur sekali. Dengan ini, dapatlah anda berehat walaupun masanya tidak sama seperti dulu. Namun begitu, sedikit demi sedikit anda ubahlah pola tidur bayi agar sama dengan waktu tidur orang dewasa.

3. Periksa keadaan bayi.

Fasa 0-3 bulan, bayi sebenarnya tidur lebih dari 12 jam. Maka, sebenarnya waktu tidur bayi adalah sangat lama untuk membolehkan kita berehat.

Bayi yang tidur tidak cukup lama seperti yang dinyatakan di atas mungkin mengalami beberapa ketidakselesaan tertentu untuk tidur lena. Antaranya seperti :-

  • Lampin penuh, basah atau bocor
  • Perut kembung
  • Bunyi persekitaran yang terlalu bising
  • Lapar
  • Tidak sihat

Oleh itu, sentiasa periksa keadaan bayi agar dia dapat lena dan tidur secukupnya.

4. Pengambilan makanan tambahan untuk menambah tenaga sewaktu berpantang.

Tahu sahajalah makanan berpantang macam mana. Ada yang hari-hari makan lauk sama pun ada. Ada yang tak lalu makan pun ada. Lantas, dari mana ibu berpantang nak dapatkan tenaga yang diperlukan.

Oleh sebab itulah, Jida sangat mengesyorkan ibu-ibu untuk ambil Set Berpantang. Berguna untuk ibu-ibu yang nak kekal cergas walaupun berpantang.

Artikel Berkaitan : Panduan Penting Pemilihan Set Berpantang.

Lagi-lagi, proses penyembuhan juga akan menjadi lebih cepat. Sama macam akak kita yang kat bawah ni. Lihatlah testimoni beliau. Memang best sangat.

testimoni set berpantang

Nak tahu apa info lanjut, boleh terus whatsapp Jida. Apa-apa pun, semoga info ini berguna buat semua. Inshaallah.

* RUZIDAH *

013-6691930

 [ ID : 933174 ]

013-6691930 

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

Kawasan COD : Kg. Bukit Changgang, Kg. Labohan Dagang, Olak Lempit, Pekan Banting, Langat Murni, Masjid KLIA & Dengkil

(Visited 8 times, 3 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

One thought on “Tak Cukup Tidur Waktu Berpantang, Itu Normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!