Satu ketika dahulu, Jida pernah memenuhi satu undangan makan dirumah seorang kenalan. Lauk pauknya dimasak sendiri dan memang nampak sedap semuanya.
Maka, bila semua mula ambil makanan yang terhidang. Aduh, masin la hai pulak rendang yang Jida ambil. Cuba pulak menu lain, pun sama juga. Nampaknya memang tuan rumah ini suka letak garam lebih dalam masakan.
Pengambilan garam secara berlebihan di dalam masakan sebenarnya adalah tidak baik untuk kesihatan. Untuk hidup lebih sihat, pengambilan makanan bergaram dan bergula yang berlebihan perlu dikawal.
Bagaimana untuk mengenali secara kasar bahawasanya badan anda telah mengambil lebih garam daripada yang sepatutnya. Berikut adalah tanda-tanda yang perlu anda tahu.
1 – Tubuh Kerap Mengalami Dehidrasi.
Kandungan garam yang berlebihan boleh membuat tubuh merasa dehidrasi. Ini adalah kerana garam membuat tubuh tidak boleh menjaga keseimbangan cairan dan elektrolit. Untuk mengembalikan tubuh kepada keadaan normal, maka otak akan memberikan signal haus sehingga mulut kering dan kita akan lebih banyak minum.
2. Jari Tangan Bengkak
Meskipun anda tidak mengalami peningkatan berat badan, jari tangan mengembang atau kelihatan seperti bengkak boleh saja terjadi disebabkan oleh kandungan garam yang berlebihan ini. Ini berpunca daripada pengumpulan cairan dalam badan dek terlebih kandungan garam.
3. Kerap Kencing
Pengambilan garam secara berlebihan juga akan menyebabkan kita banyak minum air dan berulang kalike tandas untuk kencing.
4. Pening
Pengambilan makanan yang bersodium tinggi seperti contoh kerepek, jajan dan makanan ringan lainnya dapat juga menyebabkan kepala menjadi pening atau migrain.
5. Perut Kembung
Makanan yang masin juga boleh menjadikan perut mudah kembung dan tidak selesa. Hal ini terjadi akibat pembengkakan cairan pada tubuh atau dikenali juga dengan edema.
Info Pengambilan Garam
Dalam diet manusia, garam tergolong dalam kelompok mikronutrien – yakni nutrien yang diperlukan dalam jumlah yang kecil saja. Kalau kurang akan mendapat penyakit, lebih pun akan mendapat penyakit. Ia bertanggungjawab membekalkan mineral “sodium” kepada manusia.
Kesan Jangka Masa Panjang
Antara kesan ketara jangka masa panjang pengambilan garam berlebihan adalah masalah jantung dan juga penyakit darah tinggi.
Mungkin salah satu sebab saya pening kepala bila terlalu kenyang akibat terlebih ambil garam kot..
Anuar recently posted…Oswald Justin : Lebih Lumayan Daripada Gaji Seorang Chef
ooo rupanya itu pula simptom kalo pengambilan garam tinggi dalam makanan…tq sis infonya
Dayangkulehainie Ag Ag salleh recently posted…Doa di akhir Syawal mulia
Bahaya sangat jika terlebih garam dalam badan ni. Elok kurangkan garam dari sekarang. Kalau nak rasa masin sedikit pun, gunakan garam bukit. Tidak terlalu masin.
byte jannate recently posted…5 CARA SEDEKAH YANG MUDAH DIAMALKAN
Bhya kn klu trlbih garam…
Olh itu jga lh kesihtan…jgn byk sgt amik gram
Sarinah bte hashim recently posted…RESEPI – IKAN KELI MASAK LEMAK CILIAPI CEKUR dari DAPUR KAKINA
Sy pernah jg concern pasal sodium atau garam dalam badan ni..sebab selalu makan benda masin..terfikir juga apa impact dia..terlebih garam badan pun boleh menyebabkan hypertension..dan buah yg boleh kurangkan sodium adalah Pisang..yg kaya dgn potasium..