Tanda-Tanda Dan Punca Penuaan Kulit (Skin Aging)

Semasa kita masih muda, kulit baru akan muncul ke lapisan epidermis(lapisan paling atas kulit) setiap 24–28 hari. Oleh sebab itu, kulit kita pada masa itu, kelihatan tegang dan cantik sentiasa. Seiring dengan bertambahnya usia, proses regenerasi (rejuvenate) berkurang secara cepat. Dan setelah usia makin mencecah 50 tahun ke atas prosesnya semakin bertambah menjadi 37 hari untuk sel kulit itu bertukar.

Ketika umur semakin meningkat itu, tanda-tanda penuaan kulit juga mula muncul mengikut peringkat. Antara tanda-tanda penuaan yang akan berlaku pada kulit adalah seperti :-

penuaan kulit

1. Kulit kering

Salah satu tanda penuaan kulit yang mula-mula berlaku adalah kulit menjadi kering. Dengan meningkatnya usia, paras estrogen mula merosot dan kulit boleh menjadi begitu kering.

2. Kulit kusam

Kulit yang semakin kusam juga menjadi satu tanda penuaan. Seiring dengan bertambahnya usia, kulit cenderung untuk kehilangan kelembapan semulajadi. Akibatnya, kulit mi tampak kusam dan nampak tidak bercahaya.

3. Kedutan pada sudut mata

Kedutan yang muncul di sudut luar mata membentuk seperti bekas tapak kaki burung. Ini menjadi salah satu tanda penuaan yang patut anda perhatikan. Dan, sebaik anda menyedari munculnya kedutan, anda harus mulai menggunakan krim mata untuk memastikan kedutan tersebut tidak semakin menonjol.

4. Garis-garis halus

Garis-garis halus biasanya mulai muncul setelah anda mencecah usia 30an. Seiring peningkatan usia, pengeluaran kolagen dan elastin pada kulit pula semakin berkurang. Ini menyebabkan muncul garis-garis halus pada kulit dan tanda-tanda ini akan semakin bertambah sekiranya tidak diatasi sedari awal.

5. Tompok hitam

Apabila kita melakukan aktiviti luar, kulit kita akan terdedah dengan sinaran uv daripada matahari.

Sinar uv ini bukan sahaja menyerang kulit dari luaran, tetapi juga termasuk sel kulit dalaman. Bintik-bintik hitam pada kulit akan lebih ketara pada usia ini, juga disebabkan oleh sel kulit yang semakin perlahan untuk diperbaharui.

6. Wajah Melayut(Jatuh) dan Kulit Kendur

Protein yang tidak cukup untuk tubuh boleh mempercepatkan wajah untuk ‘jatuh’ dan kendur apatah lagi dengan kolagen yang semakin kurang dihasilkan, usia 40an adalah waktu paling kritikal untuk kita mulakan langkah aktif penjagaan wajah.

Setelah kita mengetahui tanda-tanda penuaan, apakata kita ambil tahu pula apakah puncanya kulit mengalami penuaan.

punca-punca dan tanda penuaan

Punca-Punca Kulit Mengalami Penuaan

Memang tidak dinafikan, hendak atau tidak, sudah menjadi lumrah seorang manusia biasa untuk melalui tempoh penuaan. Dimana kulit yang dulunya tegang berubah menjadi berkedut dan kusam. Walaupun begitu, kita boleh mengelakkan perkara tersebut dari berlaku lebih awal daripada masa yang sepatutnya sekiranya kita dapat mengelakkan punca-punca yang tidak sepatutnya.

1. Tekanan

Tekanan, atau yang lebih teruk daripada itu, yang disebut kemurungan, adalah penyebab utama kita menjadi tua. Apabila kita berada dalam keadaan tertekan, tubuh kita memerlukan banyak tenaga untuk menstabilkan emosi kita. Hal ini bukan sahaja menyebabkan sistem tubuh kita terganggu, malah akan memudaratkan kesihatan kulit kita.

Untuk memastikan emosi kita selalu berada dalam keadaan yang tenang dan relaks, jangan lupa menarik nafas panjang-panjang setiap hari. Bertafakur juga amat membantu untuk mengatasi masalah tersebut.

2) Merokok

Kandungan nikotin dan bahan kimia lain di dalam asap rokok menyebabkan terjadinya radikal bebas. Nikotin juga membuatkan sel-sel kulit kehilangan cecair, menjadikan ia tidak mampu untuk lock kelembapan pada kulit. Bila kelembapan kulit semakin kurang, kulit akan kelihatan kusam, kering dan juga kasar.

Merokok juga boleh melambatkan proses penyembuhan luka di kulit. Jika seseorang mempunyai masalah jerawat ataupun jerawat batu, dan merokok pula, makin susah la jerawat tersebut akan hilang.

Keadaan ini juga sama bagi secondary smoker. So, jika anda mahu jerawat anda cepat baik.. jauhkan diri dari asap rokok kerana kesannya terhadap anda adalah berganda lebih teruk daripada kesan terhadap smoker itu sendiri.

Apabila seseorang merokok, pendedahan haba secara direct pada kulit secara berterusan akan menyebabkan keanjalan kulit semakin berkurangan.

Ia jugak menyebabkan  aliran oksigen ke wajah berkurangan. Aliran darah di dalam arteri dan kapilari darah menurun, dan menyebabkan sel kulit kita bermasaalah dan menjadi mati. Apabila sel bermasaalah, prestasi membran sel juga turut berkurangan dan menjadi semakin lemah. Oksigen amat diperlukan sel bagi melawan radikal bebas yang merosakkan sel kulit setiap hari.

3) Persekitaran yang kotor dan tercemar

Selain dari asap rokok, udara yang tercemar dan persekitaran yang kotor boleh menyebabkan keradangan di kulit. Amalan pembersihan kulit  amat perlu dilakukan sebaiknya terutamanya bagi yang berkulit sensitif ataupun sedang mengalami masalah jerawat.

Jika kulit tidak dibersihkan dengan baik, sangat mudah untuk kotoran terperangkap sekaligus menimbulkan pelbagai masalah kulit. Apabila kulit bermasalah diluar, ia bermaksud sel-sel kulit juga mengalami kerosakan dan menyebabkan tanda penuaan lebih jelas kelihatan.

4) Pemakanan tidak seimbang

Amat penting bagi kita untuk mengambil pemakanan seimbang setiap hari. Pengambilan makanan manis dan gula berlebihan juga boleh menyebabkan penuaan awal. Gula putih dikatakan antara penyumbang utama kepada masalah gula dalam darah yang tinggi.

Jika kita dapat mengurangkan pengambilan gula putih, kita akan mendapat kesan awet muda 5-10 tahun lebih muda. Ianya kerana makanan manis dan gula boleh menyebabkan keradangan kulit dan pengoksidaan  kulit.

Pengambilan gandum secara berlebihan juga boleh menyebabkan berlakunya Glycation, iaitu proses yang berkaitan dengan pembentukan AGE Protein. Penimbunan AGE protein boleh berlaku akibat pengambilan gandum yang terlalu banyak. Apabila AGE menimbun, ia membuatkan kita menjadi lebih tua.Sebab itulah pesakit diabetes akan kelihatan lebih tua dari usia sebenar mereka.

Makanan yang terlebih bakar atau hangit seperti satay, roti bakar, makanan berkerak juga tidak elok dimakan kerana ia mengandungi unsur karsinogen dimana ia mengandungi acrylamides yang boleh menyebabkan kanser dan mencepatkan penuaan.

5) Terdedah kepada sinar matahari

Sinar UV dari matahari  menyebabkan wajah kita lebih terdedah dengan garisan halus, kedutan dan juga pigmentasi.

Dalam jangka panjang, pembentukan dan pengumpulan pigmen melanin yang rosak di bawah lapisan kulit ini menyebabkan wujudnya tompok-tompok gelap pada kulit wajah. Ia bermula secara perlahan-lahan atau berperingkat dan makin jelas apabila kita melepasi usia 30-an. Sebab itu jeragat atau pigmentasi ini sering dikaitkan dengan tanda- tanda penuaan walhal ia sudah pun berada di bawah lapisan kulit sejak usia remaja lagi.

Oleh itu, tidak kira sama ada kita berada di dalam bangunan atau di luar , pemakaian pelindung UV adalah suatu kemestian. Lebih muda usia kita mula memakai pelindung UV , lebih baik kesannya kepada kulit kita.

UBAH DAN MULA SEKARANG UNTUK ELAK PENUAAN KULIT SEBELUM WAKTU!

1. Jangan atau berhenti merokok!

2. Jangan berjemur di tengah panas tanpa sebab dan tanpa perlindungan UV.

3. Kekalkan diet seimbang dan jangan biarkan kulitmu dahagakan lembapan. Jadikan pemakaian Krim siang atau malam sebagai rutin harian.

4. Ambil makanan yang kaya antioksida. Boleh juga amalkan suplemen untuk mencukupkan keperluan.

5. Cari hobi atau terapi yang digemari untuk mengurangkan stress yang dialami.

6. Amalkan minum air kosong dengan mencukupi supaya toksin dapat dikeluarkan dari badan.

Nak kulit cantik, kenalah berdisiplin dan menjaga perkara-perkara yang disebutkan di dalam artikel. Semoga kita semua dapat melalui tempoh penuaan dengan lebih tenang dan sihat.

(Visited 65 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!