Tanda-Tanda Kencing Manis, Perlu Anda Tahu Supaya Cepat Di Kawal

Seseorang yang sudah berumur 40 tahun dan ke atas digalakkan untuk membuat pemeriksaan kesihatan bagi mengesan lebih awal tahap kesihatan mereka. Ini adalah penting supaya doktor dapat memberikan rawatan sekiranya perlu.Walaupun begitu, sekiranya mereka yang berusia bawah pada 40 tahun pun boleh melakukan pemeriksaan kesihatan badan di klinik-klinik berdekatan kerana pada masa kini, penyakit-penyakit kronik boleh juga dihidapi oleh orang-orang muda. Antara penyakit berbahaya dan memberi risiko kepada kesihatan dan masa depan anda adalah seperti penyakit kencing manis.

Bayangkan, sekiranya pada usia 30 tahun anda sudah di diagnosis oleh doktor yang anda ada kencing manis, apakah yang perlu anda lakukan. Mungkin anda belum nampak kesan buruknya dalam masa terdekat. Tapi, cuba fikir dalam jangkamasa dua atau tiga tahun, mungkin anda akan mendapat penyakit lain pula sekiranya tidak dikawal daripada awal.

kencing manis diabetes

Penyakit Kencing Manis

Penyakit kencing manis (Diabetes Mellitus) ialah suatu keadaan yang mana terdapatnya ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin.

Insulin ialah suatu hormon yang dihasilkan oleh pankreas dan ia berfungsi untuk meningkatkan penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Insulin bertanggungjawab untuk memproses glikogenesis, iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam hati dan otot.

Insulin juga menyebabkan lipogenesis, iaitu pembentukan trigliserida dan lemak. Ia juga menghalang pemecahan lemak dan meningkatkan penghasilan glukosa dalam hati.

Terdapat dua jenis penyakit diabetes yang utama

Kencing Manis Jenis 1 – “Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (bergantung pada Insulin)

  • Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja.
  • Biasanya badan tidak dapat menghasilkan insulin.

Kencing Manis Jenis 2 – “Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus” (tidak bergantung pada insulin).

  • Jenis yang paling biasa ditemui. Lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah dari Jenis 2.
  • Biasanya dihidapi oleh orang yang berumur dan berat badan berlebihan.
  • Biasanya sel-sel badan tidak bertindak balas dengan baik terhadap insulin atau insulin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Simptom-simptom kencing manis
Berikut adalah 10 tanda-tanda umum penyakit kencing manis yang anda boleh perhatikan. Tidak semua orang akan mengalami semua gejala berikut dan bagi mereka yang mengalaminya biasanya ianya tidaklah teruk. Ramai pesakit yang menghidapi kencing manis Jenis 2 tidak menyedarinya selama bertahun-tahun kerana tanda-tanda awalnya kurang ketara.

Doktor boleh melakukan ujian yang mudah untuk menilai risiko kencing manis anda. Berdasarkan keputusan yang diperolehi, anda boleh mendapatkan rawatan serta membuat perubahan kepada gaya hidup anda sebelum ianya terlambat.

1- Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan membuat ujian di klinik. Biasanya, selepas anda memakan sesuatu makanan, tahap gula dalam darah anda akan meningkat secara semulajadi . Akan tetapi, apabila tahap gula dalam darah menjadi tinggi secara berterusan sepanjang hari itu adalah petanda tidak normal.

2- Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada waktu malam boleh menjadi gejala diabetes. Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur.

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga.

Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.

3- Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sekitar 2 hingga 3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Sesetengah orang mungkin gembira kerana berat badan telah turun tetapi ini sebenarnya bukanlah kehilangan berat badan yang sihat.

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4- Sentiasa rasa lapar
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah jatuh.
Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.

5- Luka lambat sembuh
Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.

6- Keletihan dan cepat marah
Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7- Terdedah kepada jangkitan kulat
Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8-Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walau bagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. Gula dalam darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9- Sensasi pada tangan dan kaki
Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki. Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10- Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Credit : Sumber

Sekiranya anda merasa anda juga mempunyai tanda-tanda seperti yang Jida jelaskan di atas, segeralah mendapatkan nasihat doktor di klinik berdekatan. Rawatan awal dapat mencegah daripada berlaku situasi yang lebih teruk di masa akan datang.

Di dalam entri yang lepas, Jida pernah menulis mengenai testimoni seorang pengguna Vivix yang berjaya menurunkan paras gula dalam darah dari 15.5 ke 4.8. Woww..banyakkan turun tu? Daripada bacaan kencing manis tidak normal sehinggalah bacaan menjadi normal. Kalau korang belum baca lagi boleh la Klik Sini.

Seperti yang Jida maklumkan sebelum ini, dalam Vivix Shaklee ada ramuan yang dipanggil resveratrol iaitu daripada buah anggur muscadine, serta Knotweed Jepun. (Selain ramuan asas purple carrot dan elderberry). Resveratrol membantu pesakit kencing manis dengan meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Ramai yang telah mencubanya dan mendapat manfaat daripadanya.

Jemput baca testimoni  : 20 Tahun Menghidap Diabetes, Akhirnya Pulih  dan juga, testimoni  : Tonik 1001 Khasiat Berkesan Untuk Turunkan Bacaan Gula Pesakit Kencing Manis.

Harga Vivix Shaklee:

Bersesuaian dengan kesannya yang memberi pelbagai manfaat selepas pengambilan, harga Vivix Shaklee adalah RM475 sebotol. Jika hendak dibandingkan dengan kos anda melabur dengan berulang-alik untuk mendapatkan rawatan di klinik, rasanya mungkin belanja yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan Vivix jauh lebih berbaloi. Sebabnya, bukan setakat dapat membantu mengatasi masalah diabetes , malah tahap kesihatan juga inshaallah lebih baik.

Tapi, kalau nak dapat harga lebih murah, korang bolehlah pertimbangkan untuk join ahli Shaklee. Jangan risau, ahli tak semestinya kena menjual, join untuk makan sendiri pun dah cukup berbaloi, dapat nikmati harga ahli yang jauh lebih murah dan dapat consultation seumur hidup daripada saya.

Istimewa untuk bulan ini, Shaklee bagi best price untuk Vivix. Dengan pembelian 2 botol Vivix, anda akan dapat :-

  1. FREE Membership
  2. FREE Postage
  3. Cash Back/ Bonus yang akan dibayar bulan berikutnya.
  4. Diskaun 5% untuk pembelian 2 Botol ( YES Twin Pack)

Jika anda ingin menghadiahkan sebotol Vivix untuk ibu bapa anda dan menjadikan hari-hari tua mereka lebih bermakna, sudah tiba masanya untuk anda menghubungi Jida di 013-6691930. Jangan sampai tahap kesihatan mereka menjadi semakin teruk pula. Menyesal kemudian tiada gunanya.

Untuk pembelian secara online, boleh klik sini ya!

Order-Sekarang-300x63

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 700 times, 14 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!