Tempat Makan Menarik : Eat And Repeat Cafe Bangi

Sabtu lepas saja je lah jalan- jalan ke Bangi sebab dah tak tau nak bawa anak pi mana kan. Almaklumlah, bulan ni tak boleh belanja lebih sebab sudah spend banyak masa anak nak mula sekolah kan. Hehe.

Makanya, just jalan-jalan cuci mata je lah minggu ni. Tapi bila perut sudah berdondang sayang saat tengah hari menjelma. Terfikir idea untuk cuba satu kedai makan yang agak unik juga dengan konsep cafenya yang menawarkan harga RM1.90 sahaja untuk satu mangkuk hidangan.

Dan-dan je dalam kereta terus decide nak makan berapa mangkuk je supaya sesuai lah dengan bajet yang ada. Ye lah. Kan senang tu. Terus boleh kira tu berapa korang ada dalam dompet sebelum korang order macam-macam.

Sifir eat and repeat

Nah, ni Jida bagi siap-siap sifir Eat and Repeat supaya senang korang nak adjust duit korang. Wahaha..

Antara menu yang ditawarkan adalah seperti nasi putih ayam cincang, mee rebus, kepak ayam tandoori dan pulut mangga. Semuanya dalam portion kecil dan dihidangkan dalam mangkuk. Manakala minuman pula dihidangkan dalam kole besi. Memang ‘rare’ lah.

Menu penuh eat and repeat
Senarai menu

So, pilihan famili Jida hari tu adalah nasi lemak, nasi goreng cina, kepak ayam tandoori, mee bandung, sagu gula melaka, cendol, air soya dan air anggur. Nampak tak berapa bekas kitaorang ambik tu. Ke ada yang dah siap kira berapa yang Jida kena bayar? Haha..

Eat and repeat bangi

Eat and repeat bangi

Sorry, gambar tak berapa nak menarik sebab ada orang pantang betul kalau tiba-tiba ada flash time nak ngap. Maafkan lah orang yang tengah lapar itu.

Oleh kerana ini adalah pengalaman pertama kami di cafe ini, bagi kami ok lah dari segi rasa. Ayam tandoori sedap woo..tak cukup bila order satu, begitu juga nasi lemaknya. Terasa-rasa lemaknya. Tapi yang lain-lain tu boleh tahanlah. Sesuai dengan harga. Cumanya, kalau jenis suka makanan berat, nasi penuh pinggan, lauk pauk bermacam jenis agak kurang sesuai untuk makan tengahari disini. Macam suamiku, on the way balik boleh pulak singgah tapau nasi kukus. Tak puas makan nasi katanya. Aduhai..

Ok. Tak nak lah komen lebih-lebih, korang kena datang sekali untuk rasa menu yang ada. Nanti kalau dah rasa boleh drop komen kat sini ye. Daa…

Alamat Cafe :

43650, 2-18, Jalan 15/1f, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Buka setiap hari kecuali Isnin.

(Visited 1,736 times, 77 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!