Tempat menarik di Putrajaya, Taman Botani Putrajaya

Di sebabkan kebosanan yang melanda dan mahu bawa anak jalan-jalan, maka kami sepakat untuk bawa anak-anak jalan-jalan ke taman di sekitar Putrajaya. Jadi pilihan kami petang semalam adalah menjelajah Taman Botani yang terletak di Presint 1, Putrajaya. Tiada yuran masuk dikenakan disini, jadi sangat berbaloi untuk membawa anak-anak ke sini. Jimat duit kitaorang.

taman botani (2)-ruzidah
Astaka Morroco

First sekali yang korang akan nampak dalam Taman Botani ialah Astaka Morroco. Bangunan yang berkonsepkan seni bina Moorish ini telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri kita iaitu Tun Dr Mahathir Mohammad. Untuk pengetahuan korang,  Astaka Morroco ini adalah sebuah galeri yang menempatkan senibina dari bandar-bandar  diRaja terkenal di Morrocco iaitu Fez, Meknes, Marrakech dan Rabat.  Actually, kami tak masuk pun ke dalam galeri ini, just lihat-lihat dari luar macam tu je. Mungkin next time, boleh masuk melawat dalam bangunan pula.

taman botani (1)-ruzidah

Seterusnya, kami berjalan menyelusuri  ‘Canna Walk’ dan juga ‘Pandanus Walk’. Memang sepanjang perjalanan tu, ada bunga daripada ‘Canna Family’ menghiasi di tepi-tepi jalan. Ada pelbagai warna yang ditanam berderetan di sepanjang ‘Canna Walk’. Nampak tak bunga warna merah dalam gambar di atas ni? Itu adalah di antara spesis ‘Canna’ yang ada di Taman Botani.

taman botani (3)-ruzidah

Anak dara yang sulung ni, kalau bab berposing memang suka sangat. Oh ya! kat sini memang sesuai sangat kalau nak ambik gambar. Sebab view dia memang cun. Ada pokok, ada tasik, hutan rimba. Kalau nak backgroud tema alam, sini memang tempatnya. Malah, masa saya datang tu pun ada pelajar-pelajar yang baru konvo datang untuk sesi fotografi disitu.

taman botani (4)-ruzidah

Ini pula Canopy Bridge namanya. Titian yang diperbuat daripada kayu cengal ini sepanjang 170 meter dan ia akan membawa anda merentasi deretan pokok hutan hujan tropika seperti Jelutong, keruing dan terap nasi. Sebelum naik jambatan ni, sempat juga kami jalan-jalan disepanjang Heliconia Trail (Denai Helikonia) dan Fern Garden (Taman Paku Pakis).

Dek kerana sudah kepenatan, memanjat bukit bukau, merentasi hutan, seberang tasik dan sebagainya. Haha.. macam hebat sangat bunyinya kan. Maka kami mengambil keputusan untuk pulang sahaja. Lagipun cuaca pada hari itu agak berjerebu dan anak pun sudah mengadu kepenatan, bimbang juga sekiranya mereka diserang sakit.

Insha Allah, ada masa nanti kami akan datang lagi melawat beberapa bahagian di dalam Taman Botani yang belum sempat kami terjah seperti Hibiscus Trail, Terowong Bunga Kertas, Bukit Palma dan banyak lagi. Apa-apapun sekian dulu coretan Jida dihujung minggu. Semoga Bermanfaat dan terima kasih kerana sudi membaca blog Jida yang tak seberapa ini.

Untuk mengetahui info lanjut mengenai Taman Botani, anda bolehlah terus menghubungi nombor telefon ini. Tel : 03- 8887 7770 Faks : 03- 8887 5037 (Taman Botani Putrajaya).

(Visited 893 times, 15 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!