Tempat Riadah Anak-Anak di Kids Rock Climbing, Putrajaya.

Sebenarnya dah beberapa kali juga lah Jida pasang niat nak bawak anak-anak beriadah di Kids Rock Climbing yang terletak di Taman Cabaran, Presint 5 ini. Walhal selalu sangat lalu sini kalau ada barang nak di hantar ke Putrajaya. Sehinggalah hari Sabtu lepas bila suami ajak pergi makan satay Kajang di Taman Warisan Pertanian, baru lah hati terdetik nak mintak suami singgah di sini dahulu.

Bagi yang tidak pernah sampai ke sini. Boleh sahaja guna google maps dan search ‘ Putrajaya Challenge Park’. Ikut saja petunjuk arah yang diberikan.

Pintu depan kids rock climbing
Pintu masuk

Kids Climbing Rock ini terletak di tingkat 1 bangunan Putrajaya Challenge Park ini. Untuk masuk ke dalam ini tiada bayaran dikenakan dan ia juga dibuka setiap hari kepada pelawat. Di luar bilik ini pula ada sebuah cafe yang menjual makanan dan minuman, jadi jangan risau sekiranya anak anda lapar atau dahaga, boleh je beli apa-apa disini.

Kids rock climbing
Pemandangan di bahagian dalam

Kebetulan masa Jida pergi tu memang ramai orang. Almaklumlah hujung minggu, ramailah ibu bapa yang bawa anak-anak beriadah.

Kids rock climbing
Ibu bapa juga boleh masuk ke dalam untuk memantau anak-anak

Terdapat wall yang rendah dan ada juga yang tinggi. So, anak-anak boleh lah memilih mana yang sesuai untuk mereka. Macam anak Jida, Dayana ni dia cuba yang rendah je. Mungkin agaknya tidak biasa memanjat. Maka, agak takut lah sikit dia nak panjat yang tinggi. Hehe..

Kids rock climbing
Wall warna biru ini yang paling rendah.

Seronok Dayana dan Dalili memanjat di sini. Lagipun lantainya berlapik span tebal yang lembut untuk tujuan keselamatan. Seronoklah mereka melompat ke sana sini. Barulah keluar peluh sikit bila join aktiviti sebegini. Takde lah terperap di rumah dan tengok gajet je.

Selepas sejam lebih di dalam Kids Rock Climbing ni, kami pun keluar. Itulah setelah berjaya memujuk mereka bermain dengan janji akan datang lagi. Oh my! Takpe la nak. Lain kali kita datang lagi. Inshaallah.

Oh ya, disini juga terdapatnya tempat untuk orang dewasa membuat aktiviti rock climbing. Rasanya ada sedikit bayaran dikenakan. Apapun nanti korang boleh usha di Putrajaya Challenge Park.

Semoga info ini bermanfaat. Terima Kasih kerana sudi singgah dan baca entri ini. Sampai jumpa lagi.

Artikel Lain : Paya Indah Wetlands, Dengkil.

Artikel Lain : Pusat Penghayatan Alam, Putrajaya.

(Visited 193 times, 9 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!