Tempat riadah menarik di Putrajaya, Taman Putra perdana

Assalamualaikum semua,

Setelah beberapa tahun menetap di Selangor ni dan setelah beberatus kali ke Putrajaya, akhirnya pada minggu pertama tahun 2015 ini kami secara tak sengaja telah tersesat masuk ke Taman Putra Perdana yang berada di Putrajaya. Memang tak plan pun nak ke sana, tetapi bila dah sampai kat tempat parking tu terus kitaorang rasa nak meninjau-ninjau kawasan sekitar. Lagipun dari jauh, si Dayana (puteri sulung kami) dah nampak tempat permainan yang ada kat situ. So, nak tak nak, kenalah turun jugak. Nak masuk kat sini tak payah bayar apa-apa, Free of charge. Jadi, kalau rasa nak bawak anak-anak beriadah di waktu petang, tempat ini memang sesuai. Redup dengan pokok-pokok rendang dan bunga-bungaan macam-macam kaler. Sejuk mata memandang bila tengok hijau-hijau ni. Lagipun bila bawak anak-anak ke taman ni, diaorang akan jadi lebih aktif.Takdelah asyik nak menghadap cartoon and games je.

Kebetulan pulak masa pergi tu, takde sorang budak pun kat situ. Dapatlah dia conquer sorang-sorang mainan yang ada seperti buaian, gelongsor, jongkang-jongket dan lain-lain. Dah penat melayan Dayana main, kitaorang ajak dia jalan-jalan sekitar taman. Memang luas jugak lah kawasan dia.Kalau ikut pembacaan aku di internet, luas taman ni ialah 158 ekar. Fuh..memang luas sangat!Nasib baik encik suami yang bawa si kecil dalam carrier. Kalau tak mau berpeluh ketiak nak mendukungnya.

Di tepi restroom, diletakkan alat-alat senaman yang aku pun tak familiar nama alat-alat tersebut. Tapi best jugaklah..Boleh la keluar peluh juga selain daripada berjalan atau berjogging. Untuk korang yang tak tau mana nak bawa anak main atau jalan-jalan, saya cadangkan korang bawak anak-anak datang sini. Bolehlah diaorang bermain sambil dikelilingi persekitaran yang menghijau…

Sorry ye..gambar belum upload. Insyaallah, minggu depan saya update ye…

(Visited 532 times, 2 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!