Tip-Tips Menghadapi Ibadah Puasa Semasa Hamil

Jida dah merasa dua kali pengalaman berpuasa di bulan Ramadhan semasa hamil. Pertama, semasa mengandungkan Dayana, usia kandungan Jida masa tu dah masuk enam bulan. Manakala semasa mengandungkan Dalili pula, memang ‘due date’nya jatuh pada pertengahan bulan Ramadhan. Walaupun begitu, Alhamdulilah, selagi boleh berpuasa Jida tetap menunaikan ibadah puasa seperti biasa.

Berpuasa semasa hamil adalah selamat untuk ibu dan bayi selagi ibu merasakan dirinya cukup sihat dan kehamilan berlangsung tanpa masalah.

berpuasa semasa hamil

Namun begitu, ada juga ibu-ibu diluar sana yang diuji dengan masalah kesihatan dan tidak mampu untuk menunaikan ibadah puasa ketika hamil. Jika berlaku situasi seperti ini iaitu ibu merasakan tidak sihat, atau bimbang akan kesihatan diri dan atau bayi di dalam kandungan, ibu diharuskan untuk tidak berpuasa.

Tip-tips Menjalani Ibadah Puasa Semasa Hamil.

  • Sentiasa bertenang dan elakkan stres. Perubahan dalam rutin anda, kekurangan makanan dan air, dan makan dan minum pada masa yang berlainan, boleh menyebabkan tekanan. Wanita hamil yang berpuasa pada bulan Ramadan didapati mempunyai tahap hormon kortisol dalam darah mereka yang lebih tinggi berbanding wanita yang tidak berpuasa.
  • Terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda ternyahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Kurangkan kerja rumah dan apa-apa aktiviti yang meletihkan.

Artikel Berkaitan : Tips Supaya Berjaya Menghadapi Ibadah Puasa

Bagaimana Pula Vitamin Shaklee dapat membantu Ibu Hamil Agar Lebih Bertenaga Semasa Berpuasa?

Sebelum kedatangan bulan Ramadhan, Puan Haridah Sahri┬ámengalami alahan yang sangat teruk sehingga menyebabkan badannya menjadi sangat letih. Nak makan nasi pun hanya mampu makan sambil berbaring sahaja. Dek kerana ingin berpuasa di bulan Ramadhan , beliau telah mencuba beberapa produk Shaklee bagi mengatasi masalah yang dihadapinya itu. Klik butang ‘Play’ di bawah ini untuk mengikuti kisah Puan Haridah Sahri mengenai kehamilannya dan bagaimana dia berjaya mengatasi masalah yang dihadapinya.

Alhamdulilah, tak rugi Puan Haridah mencuba makanan tambahan daripada Shaklee. Daripada tidak bertenaga langsung semasa hamil pada bulan sebelum itu. Beliau akhirnya dapat menunaikan ibadah puasa dengan baik malah cukup pula berpuasa selama 30 hari.

Antara produk yang beliau cuba adalah seperti ESP, Vitalea, Vitamin C, B-Complex dan Omega Guard. Untuk pengetahuan anda, semua vitamin di atas adalah suplemen yang sesuai diambil oleh ibu hamil.

Artikel Berkaitan : Sebab-sebab Ibu Hamil Perlu Mengambil Acid Folik Setiap Hari

Jadi, jangan risau sekiranya anda dalam dilema samada anda mampu berpuasa atau tidak dalam bulan Ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi ini. Hubungi Jida (013-6691930) sekarang untuk mendapatkan Set Hamil anda agar anda lebih bertenaga dan dapat menjalani ibadah puasa dengan baik walaupun hamil.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Pengedar Shaklee Kawasan Banting, Dengkil & Sepang

(Visited 171 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

10 thoughts on “Tip-Tips Menghadapi Ibadah Puasa Semasa Hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!