Tips Anak Demam

Assalamualaikum w.b.t

Sebagai mak-mak penyayang, memang wajar untuk kita risau sekiranya anak-anak kecil kita diserang demam panas. Walaupun begitu, serisau manapun kita, harus kita tahu bahawa demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan. Kadang-kala tidak jelas mengapa dia demam, tetapi beberapa sebab yang biasa termasuk selesema,   sakit tekak,jangkitan telinga, jangkitan salur kencing, masalah pernafasan seperti pneumonia dan bronkiolitis atau virus yang mengakibatkan ruam seperti roseola, cacar air dan penyakit tangan, kaki dan mulut.

demam-anak

Bagaimana untuk kita mengesan anak kita demam?

Demam boleh dikesan dengan cara meletak tangan di atas dahinya untuk mengetahui samaada suhunya panas atau normal. Bagi mendapatkan ukuran suhu yang lebih tepat anda boleh menggunakan termometer. Terdapat pelbagai jenis termometer di pasaran seperti termometer oral, telinga ataupun jalur demam. Dapatkan nasihat daripada doktor ataupun ahli farmasi sebelum membeli kerana tidak semua jenis termometer sesuai untuk anak anda.

Langkah-langkah yang boleh anda lakukan apabila anak anda di dapati telah demam.

1- Pakaikan bayi anda baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).

2- Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran kot bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.

3- Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu — susu badan atau susu formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan yang telah yang dicairkan.

4- Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

Sekiranya bayi anda yang demam menunjukkan tanda-tanda seperti

  • Menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa.
  • Bayi kelihatan letih dan tidak menyusu, lemah dan tidak aktif.

Sila dapatkan rawatan daripada doktor pediatrik anda dengan segera.

(Visited 416 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!