6 Tips atasi perut buncit berlapis-lapis

Assalamualaikum w.b.t

Sesetengah orang memang tergolong dalam kalangan yang bernasib baik jika dianugerahkan dengan badan yang senang nak turun beratnya. Bagi diri Jida sendiri, jida kena akui yang Jida ni tergolong daripada orang yang susah nak turun tapi senang nak naik berat badan.Tapi, takpe. Sebelum berat yang sedia ada ni makin bertambah, jom kita kawal berat dengan 6 tips yang ada di bawah ini :-

tak boleh butang seluar gemuk-buncit

1- Minum air masak yang banyak.

Ini rasanya semua orang tahu kot? Cuma korang tak amalkan je kan? Huhu..Sebenarnya, Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan dan membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Minum air juga mengurangkan selera makan anda secara semulajadi. Cuba minum air dahulu sebelum makan makanan berat, pasti anda tidak akan makan dengan kuantiti yang besar.

2- Kurangkan Minuman Manis (Bergula dan Bergas)

Minuman yang dicampur dengan gula memang sedap, tetapi anda perlu kawal tahap pengambilannya. Minuman yang mengandungi gula mempunyai banyak kalori dan akan merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Minuman bergas pula biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan sangat tidak baik untuk kesihatan tubuh. Banyakkan minum air kosong atau mineral dalam sehari. Sentiasa sediakan bekas minuman air putih supaya senang untuk kita minum apabila dahaga. Pengambilan minuman kesihatan atau vitamin juga dapat membantu usaha anda untuk kurus.

3- Kurangkan pengambilan garam dalam makanan seharian

Selain gula, anda juga perlu berhati-hati dalam pengambilan garam. Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat disebabkan air.

4-Hindari makan lewat malam

Cuba hindari atau berhenti makan lewat malam. Kebanyakkan orang, kalau makan pukul 8:30 malam, pukul 10 atau 11 dah nak tidur. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan semasa makan lewat malam akan ditukar kepada lemak  kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa kita tidur. Lainlah kalau lepas makan tu kita rajin pulak nak kemas-kemas rumah, pergi jogging ke..terbakarlah jugak lemak tepu yang ada..huhu

5-Lakukan senaman atau bersukan.

Bersukan membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan dan bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh.

Senaman kardio seperti berjogging, berjalan dan menaiki tangga adalah digalakkan untuk mengempiskan perut kerana lebih banyak kalori terbakar dengan melakukan senaman sebegini.

6- Makan dengan kerap tetapi pada Jumlah yang sedikit

Biar kerap tapi sedikit kuantitinya. Ini kerana, bila anda makan dalam jarak masa yang lama, anda berpotensi untuk makan dengan berlebihan dan kuantiti makanan yang diambil juga mungkin lebih daripada sepatutnya.

Jejoms ahkak dan abang2 sume kita cuba amalkan tips-tips kat atas ni dan lihat hasilnya dalam beberapa bulan. Berapa inci yang hilang. Kalau ada yang nak tambah tips yang korang amalkan untuk kempiskan perut, feel free to comment kat ruangan comment ya..

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 285 times, 7 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!