Tips Berguna Atasi Masalah Sakit Pinggang, Kejang Kaki, Kebas Bagi Ibu Hamil

Apabila mengandung, kita tidak dapat mengelak daripada berdepan dengan masalah sakit pinggang, kaki kejang dan juga kebas. Malahan, ia bukan saja boleh mengganggu aktiviti harian, tetapi juga boleh mengganggu keselesaan ketika tidur di waktu malam.

Sungguhpun ia sinonim dengan kehamilan, namun ada cara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan rasa sakitnya. Sebelum mengetahui caranya, elok kita mengetahui terlebih dahulu punca-puncanya agar tindakan mencegahnya dapat dibuat secara lebih tepat.

PUNCA SAKIT PINGGANG SEMASA HAMIL

Ada beberapa punca sakit pinggang semasa hamil yang perlu anda ketahui:

  1. Berat badan bertambah – Bertambahnya berat badan sesuai usia kehamilan adalah antara punca sakit belakang paling utama. Apabila berat badan bertambah, beban akan bertambah pada otot-otot pinggang dan tulang belakang sehingga menyebabkan rasa nyeri pada bahagian tubuh tersebut.
  2. Pusat graviti berubah – Seiring dengan pertambahan besar rahim dan perut, pusat graviti akan berubah ke hadapan. Keadaan ini boleh menyebabkan postur tubuh turut berubah di mana seseorang cenderung untuk tunduk dan membongkok tanpa disedari.
  3. Peningkatan hormon – Sesetengah wanita mula berasa sakit belakang seawal kehamilan lagi, di mana berat badan mereka belum bertambah secara mendadak. Dalam kes ini, ada sumber lain menyifatkan peningkatan hormon sebagai punca sakit belakang semasa hamil. Hormon yang dilepaskan adalah untuk mempersiapkan tubuh untuk kehamilan, di mana mungkin berlakunya sendi yang melembut dan ligamen yang mengendur hingga mempengaruhi beban kerja tulang belakang.

8 CARA MELEGAKAN SAKIT PINGGANG SEMASA HAMIL

tips cegah sakit pinggang kebas kejang hamil

Memang agak sukar untuk mengatasi sakit pinggang semasa hamil dengan serta-merta dan secara kekal. Namun, ada perkara yang boleh kita usahakan agar kesakitan yang dialami tidak semakin parah dan makin kurang kekerapannya. Antaranya ialah :

1. SENAMAN
Terdapat beberapa jenis senaman seperti senaman Kegel, senaman perut, dan latihan berenang yang dapat mengurangkan tekanan dan seterusnya memberi kelegaan kepada sakit pinggang.

2. PILIH KASUT YANG SESUAI
Walaupun bergaya, elakkan memakai kasut bertumit tinggi atau kasut yang kurang selesa.

Ia boleh menyebabkan kurangnya sokongan terhadap pusat graviti hingga mengganggu postur tubuh yang baik.

3. URUTAN
Urutan dapat melegakan otot-otot yang letih dan lenguh kerana ia mengembalikan peredaran darah di bahagian yang sakit. Minta pasangan anda untuk mengurut perlahan-lahan di bahagian pinggang, pinggul, belakang, atau mana-mana otot yang terasa sakit. Ia bukan saja melegakan, tetapi dapat juga mengeratkan hubungan.

Gunakan minyak aromaterapi untuk kesan yang lebih memuaskan.

4. SENTIASA MELAKUKAN REGANGAN
Elakkan daripada duduk atau berdiri terlalu lama dalam satu-satu masa. Setiap 30 minit atau 1 jam, lakukan senaman regangan yang mudah untuk melancarkan peredaran darah.

Perhatikan postur anda dan jangan duduk membongkok. Cuba duduk di atas kusyen lembut dan tambahkan sokongan seperti bantal atau kain lembut jika perlu.

5. GUNAKAN BANTAL TAMBAHAN UNTUK MEMBANTU TIDUR
Bukan mudah mendapatkan posisi tidur yang selesa sepanjang kehamilan, lebih-lebih lagi apabila saiz kandungan semakin membesar. Untuk mengatasi masalah ini, anda boleh menyusunkan bantal-bantal lembut mengikut keselesaan anda seperti pada kaki atau sisi.

Selain itu, anda juga boleh mendapatkan pregnancy pillow yang direka khas bagi mendapatkan posisi tidur yang optimum. Memang empuk dan sangat selesa!

6. MANDI AIR PANAS
Sungguhpun mandian air panas seperti sauna atau bath tub tidak digalakkan, pancuran air yang sederhana panas atau shower sangat membantu untuk memberi kelegaan.

Oleh itu, sekiranya sakit pinggang semasa hamil bertambah kerap dan sakit, cubalah melegakannya dengan cara ini.

7. GUNAKAN TALI PINGGANG SOKONGAN
Jika perlu, anda boleh mendapatkan pelvic support belt atau tali pinggang sokongan khas untuk ibu mengandung. Ia didatangkan dalam pelbagai pilihan rekabentuk dan jenama.

Ia boleh dipakai untuk membantu anda mendapatkan postur yang lebih baik seiring dengan pertambahan saiz kandungan.

8. DAPATKAN REHAT YANG CUKUP
Akhir sekali, cuba dapatkan rehat yang cukup dan elakkan stres yang melampau.

Amalkan juga pemakanan yang seimbang dan lebihkan pengambilan makanan daripada sumber kalsium dan magnesium seperti sayuran berdaun hijau.

PUNCA-PUNCA KAKI KEJANG DAN KEBAS SEMASA HAMIL

  1. Kalsium dan magnesium yang tidak mencukupi- Ibu mengandung memerlukan lebih kalsium. Selain untuk diri sendiri, bayi juga memerlukan bekalan kalsium yang banyak untuk pembentukan tubuhnya. Jika bayi tidak mendapat kalsium yang mencukupi dari sumber makanan yang ibu ambil, maka kalsium dari tubuh ibu pula akan diserap.
  2. Terlebih Fosforus – Fosforus biasanya terdapat dalam daging yang sudah diproses, minuman bergas dan makanan ringan.
  3. Rahim yang semakin membesar – Uterus yang semakin membesar memberi tekanan kepada saraf di bahagian kaki menjadikannya mudah kejang.
  4. Otot yang keletihan – Ibu mungkin terlalu lama berdiri atau terlalu membebankan kaki dengan pergerakan. Berat ibu yang semakin bertambah juga menambah beban kepada otot kaki. Ini memungkinkan terjadinya kaki cramp semasa mengandung.

Kejang kaki ini lazimnya berlaku semasa ibu sedang tidur malam atau semasa bangun pagi. Keadaan biasanya bertambah buruk jika ibu tidur dalam keadaan terlampau sejuk.

12 CARA MELEGAKAN KAKI KEBAS DAN KEJANG SEMASA HAMIL

  1. Ibu harus memaksa diri untuk meluruskan kaki. Boleh minta bantuan suami untuk berdiri jika ada. Lakukan perlahan- lahan. Ibu akan berasa sakit pada mulanya namun kesakitan ini akan hilang nanti.
    Cuba berjalan untuk beberapa minit hingga tiada lagi terasa sebarang sengal di bahagian yang kejang.
  2. Urut otot kaki yang kejang dengan minyak panas.
  3. Mandi dengan air suam atau tuam dengan tuala/ air suam-panas.
  4. Minum air yang mencukupi supaya tubuh sentiasa terhidrat
  5. Guna kasut yang sesuai yang tidak terlalu tinggi hingga membebankan otot-otot kaki.
  6. Mandi air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot kita.
  7. Betulkan cara tidur. Elakkan tidur dengan jari kaki menghala ke atas
    Elak otot dari letih. Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau meyilangkan kaki semasa duduk.
  8. Sapu minyak panas dan urut bahagian kaki sebelum tidur.
  9. Amalkan yoga untuk ibu mengandung dipercayai membantu mengatasi masalah kaki kejang semasa mengandung.
  10. Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.
  11. Senaman meregangkan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.
  12. Ambil kalsum yang mencukupi. Garis panduan asas menyatakan 1000mg kalsium (bersamaan 3 gelas susu bersaiz 8oz) diperlukan sehari. Ibu hamil dan menyusu perlu lebih kalsium (1200 hingga 1400mg kalsium sehari) kerana berkongsi dengan bayi. Ada kajian menunjukkan kalsium yang diambil melalui supplemen lebih baik dan cepat diserap berbanding kalsium dalam susu. Lagipun, tidak semua ibu mampu untuk minum lebih dari 3 gelas susu sehari.

Kesakitan pinggang, kejang dan kebas kaki mungkin tidak dapat dielakkan semasa mengandung. Tetapi sebagai pencegahan dari berlaku lebih teruk, ibu-ibu juga boleh mendapatkan suplemen yang bersesuaian sepanjang tempoh kehamilan demi mendapatkan kesihatan yang terbaik.

Boleh klik sini untuk tahu lebih lanjut mengenai suplemen untuk ibu-ibu hamil mengurangkan masalah sakit pinggang, kejang dan kebas kaki.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk anda praktikkan dan selamat menempuh saat kehamilan yang menggembirakan. Jida doakan agar semuanya dipermudahkan sehingga tempoh kelahiran. Amin.

(Visited 17 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×
Info/Order/Pertanyaan? Sila Klik Sini
error: Content is protected !!