Tips Berguna Bagaimana Nak Urus Anak Sambil Berniaga Online ?

Walaupun baru sebulan lebih  bergelar surirumah sepenuh masa dan menjalankan bisnes dalam talian dari rumah, suka untuk Jida kongsikan sedikit panduan bagaimana Jida uruskan dua orang anak di rumah walaupun pada masa yang sama Jida juga melakukan bisnes dalam talian. Antara yang Jida tengah praktikkan adalah seperti :-

1- Buat Jadual Waktu

Jida suka buat jadual waktu sebab senang nak merancang. Walaupun nampak sekecik-kecik perancangan seperti basuh baju dan jemur baju, semua Jida tulis. Hehe, kalau tak i olls nanti kelam kabut nak capai matlamat hari tu. Ataupun apa-apa pun tak buat nanti. Kang nanti kalau tak planning betul-betul ada la yang terbabas layan cerita korea kat youtube.  Takde buku nota comel pun takpe, cari je buku-buku tulis lama dan guna.

2- Banyakkan Bersabar dengan karenah Anak.

Tahap kesabaran yang tinggi sangat diperlukan untuk kanak-kanak yang baru nak masuk 2 dan 6 tahun ini. Al maklumlah, kalau yang kecil tu memang memerlukan sepenuh perhatian daripada mamanya lagi. Manakala, anak yang sulung pula dek kerana manjanya masih ada, kadang-kadang penyakit nak menempel dengan mamanya sentiasa ada. Jadinya berebutlah dua orang itu sama-sama memeluk sorang sebelah kaki. Kadang-kadang nak buat sharing produk atau masak sekalipun, terpaksa redha je lah dengan tangan-tangan kecik yang teringin juga menaip. Layan je lah.

ruzidah uruskan anak sambil bisnes
Dua orang Personal Assistant saya.

3- Luangkan Masa Yang Berkualiti Bersama Mereka.

Paling kurang cuba cari setengah jam masa berkualiti bersama mereka. Tidak dinafikan menjadi surirumah lagi penat dari bekerja di pejabat. Tapi anda sebagai ibu kenalah bijak mencuri masa. Biasanya pada sebelah petang Jida akan cuba luangkan masa menemani Dayana buat kerja sekolah (kalau ada) atau sekadar sama-sama menonton rancangan TV kegemarannya selama lebih kurang sejam supaya dia tidak terasa terabai. Selepas itu, barulah Jida dapat fokus dengan kerja-kerja rumah lain pula.

Di bawah ini Jida kongsikan tips seorang ibu yang bekerja dari rumah iaitu Puan Lyna Noh. Jida sangat kagum dengan beliau kerana mampu berkerja dari rumah dan menjana pendapatan lumayan walaupun mempunyai tiga orang anak kecil ( baru sahaja mendapat cahaya mata yang baru dan tengah berpantang ). Apa rahsia beliau yang boleh kita jadikan panduan bersama.

Gembira melihat keluarga Puan Lyna Noh. Walaupun ketiga-tiga anaknya lelaki dan seperti yang kita lihat anak-anaknya adalah seorang yang aktif juga. Tetapi Puan Lyna berjaya membahagikan masa dengan baik samaada untuk anak, suami dan bisnesnya.

Kalau kita tahu membuat perancangan, insha Allah, anak-anak kita tak akan terabai walaupun kita berniaga online. Bukan sepanjang masa kita kena menghadap laptop atau telefon kan. Kalau scroll newsfeed Facebook boleh sampai berjam-jam. Takkan nak layan anak sejam dua tak boleh. Ye tak? Kita nak berjaya pun untuk keluarga jugak kan.

OK lah, sekian sahaja entri kali ini. Semoga ianya bermanfaat untuk anda. Dan kalau anda rasa anda ada tips atau panduan lain untuk dikongsikan, silakanlah tulis di ruangan komen kat bawah ye. Terima Kasih.

Berkongsi Kebaikan Untuk Semua.

Ruzidah Abdullah [013-6691930]

Jemput Like Page Saya || Kedai Vitamin Banting-Dengkil-Sepang

(Visited 193 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi!
Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com
Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida.
Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

You May Also Like

9 thoughts on “Tips Berguna Bagaimana Nak Urus Anak Sambil Berniaga Online ?

    1. Melihat anak dapat membesar di depan mata adalah kebahagiaan yang tidak ternilai. Insha Allah, saya doakan tuan juga dapat mencapai target yang diingini. Amin..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!