10 Tips Berguna Untuk Ibu Baru, Agar anak Tidur Lena

Pengalaman pertama selepas melahirkan anak akan Jida sentiasa terpahat di dalam memori. Mana-mana ibu pun akan berperasaan seperti itu rasanya. Ye lah, itu kan pengalaman pertama anda menguruskan bayi yang sangat kecil. Sebagai ibu baru, memang akan merasa janggal sedikit untuk menguruskan anak anda. Daripada tak tahu bagaimana nak memandikan dia, menyusukan, menidurkan dan lain-lain lagi.

baru-lahir

Sebaik sahaja habis tempoh berpantang, semua perkara harus di uruskan sendiri. Kalau dulu, anda boleh menguruskan segalanya dengan cepat dan pantas. Tapi, apabila sudah mempunyai anak kecil, mungkin akan mengambil lebih masa sedikit berbanding sebelum ini.

Jadi, bagaimana anda boleh menguruskan kerja rumah seperti selalu? Tips berikut mungkin dapat membantu anda di mana anda perlu memastikan bayi berada dalam keadaan selesa sebelum menidurkannya agar anda dapat menyiapkan kerja-kerja rumah yang tertangguh.

1. Mandikan Bayi terlebih dahulu.

2. Selepas mandi, keringkan badan bayi lalu urut tangan dan kaki bayi secara perlahan-lahan dengan menggunakan minyak telon. Letakkan viks/ minyak bayi di dada dan belakan bayi.

3. Sapukan minyak telon diperut bayi lalu pakaikan pampers dan baju.

4. Susukan bayi anda dalam keadaan selesa dan setelah itu sendawakan (burp! Alhamdulilah) bayi anda.

5. Sebelum tidurkan bayi anda, pastikan tempat tidur bayi selesa dan bantal tidak terlalu tinggi untuk bayi.

6. Jangan hadapkan kipas ke muka bayi. Pastikan tempat tidur bayi selesa dan bantal tidak terlalu tinggi untuk bayi.

7. Selimutkan bayi dan letak bantal peluk di kedua-dua sisi bayi.

8. Jangan tidurkan bayi anda dengan keadaan meniarap jika anda membuat kerja-kerja rumah atau mandi kerana bayi yang tidur dalam keadaan meniarap perlu penglihatan orang dewasa.

9. Pastikan anda berada di sisi bayi selama lima minit untuk pastikan bayi anda betul-betul tidur.

10. Jangan biarkan kanak-kanak membuat bising berhampiran bayi. Bunyi yang terlalu bising akan menyebabkan bayi terkejut-kejut dan seterusnya tidak dapat tidur.

Itulah dia 10 langkah yang boleh anda ikuti sekiranya ingin memastikan bayi tidur lena dan anda pula dapat menyiapkan kerja-kerja rumah yang ada.

(Visited 846 times, 1 visits today)

Jida

Assalamualaikum/ Hi! Salam Perkenalan buat semua pembaca Ruzidah.com Nama saya Ruzidah Abdullah ~~ boleh panggil Akak dengan nama Jida. Saya adalah merupakan Pengedar Shaklee (933174) di kawasan Banting-Dengkil-Sepang dan Seluruh Malaysia. =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

error: Content is protected !!